Pada 17- 20 Oktober 2008 telah berlangsung dengan jayanya Pertandingan Debat Kepenggunaan antara IPTA/S dan Institut Perguruan 2008 yang mana Universiti Multimedia Melaka sebagai Tuan Rumah yang telah melakar sejarah dalam senarai penganjuran pertandingan debat ini.
Pertandingan ini juga menyaksikan UIAM melakar sejarah meraih Johan dalam pertandingan peringkat akhir serta Saudari Farhan Nor Diyana daripada UIAM sebagai pendebat terbaik pusingan akhir yang telah berlangsung pada 20 Oktober 2008. Manakala pasukan UPM sebagai Naib Johan. Majlis Penanguhan Debat ini dirasmikan oleh Tuan Haji Daud bin Tahir, Timbalan Ketua Setiausaha KPDNHEP.