Mutiara Kata

“If lie returns to the mouth of the powerful, our voice of fire will speak again because we have the right to fight for our lives and dignity…”

-Power of the people-

Saturday, July 19, 2008

Persediaan Terakhir Menjelang DAS 2008



Cyberjaya, 19 Julai 2008- Pasukan debat MMU mengadakan persiapan terakhir menjelang DAS nanti yang telah dihadiri oleh beberapa pendebat MMU yang belajar di Kampus Cyberjaya. Terima kasih kepada Saudara Fahmi Fazreen dan Saudari Kumudha yang sudi meluangkan masa walaupun sibuk dengan hal-hal kampus yang perlu diuruskan.
Semoga ada persiapan ini memberi kejayaan DAS nanti.

PERLAWANAN PERSAHABATAN MMU-UKM-UNITEN-MSU


Pada 19 Julai 2008, satu perlawanan persabahatan antara MMU, UKM, UNITEN dan MSU telah diaturkan dan telah berlangsung di Bilik Urusetia Pengucapan Awan Universiti Kebangsan Malaysia, Bangi. Usul yang diperdebatkan adalah usul berkaitan Alam Sekitar sebagai persediaan menghadapi DAS di UMS. Perlawanan ini juga turut dihadiri oleh pendebat UNITAR yang menjadi pemerhati perlawanan ini.
Semoga semua universiti tersebut akan berjaya di DAS 2008 nanti.
Terima kasih kepada pendebat UKM yang telah berjaya menganjurkan debat persahabatan ini moga terus dianjurkan.

Wednesday, July 16, 2008

Perjumpaan Junior Pasukan Debat MMU

Tatkala menjelang Debat Alam Sekitar di Universiti Malaysia Sabah seminggu lagi, satu perjumpaan semua ahli debat telah diatur bagi mengumpulkan fakta yang bernas bagi persediaan ke DAS nanti.
Dari meja pendebat MMU mengucapkan terima kasih diucapkan kepada semua junior yang hadir bagi membantu pendebat- pendebat mencari dan mengumpulkan fakta.

Sunday, July 13, 2008

Debat Merdeka Komuniti Bestari Zon 4 Kebangsan 2008


Pada 11- 13 Julai 2008 telah berlangsungnya Pertandingan Debat Merdeka Komuniti Bestari Peringkat Zon 4 Kebangsaan 2008. Pertandingan ini menyaksikan pertemuan antara wakil pendebat negeri Sabah, Terengganu dan Negeri Melaka. Pertandingan ini telah disertai oleh dua pendebat Universiti Multimedia iaitu Saudara Myer Iyemman Yusof dan Saudara Mohd Syukri Mohd Kamal.
Selepas berjuang mencadangkan usul Belia Hari Ini Gagal Memenuhi Aspirasi Negara ditolak, pasukan debat Negeri Melaka terpaksa melupakan hasrat bagi melayakkan diri ke peringkat Akhir dan mewakili Zon 4 di peringkat akhir Kebangsaan. Mungkin dengan alasan kami terlalu muda memberikan kami semangat untuk terus berjuang pada tahun berikutnya. Terima kasih kepda semua yang memberi peluang dan membantu.
Semoga pendebat MMU akan terus berjaya.

Pertandingan Akhir Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Negeri Melaka 2008

Pada 13 Julai 2008 juga telah berlangsung Pertandingan Akhir Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Negeri Melaka 2008 bertempat di Ruang Legar Pusat membeli-belah Melaka Mall. Pertandingan ini menyaksikan seorang wakil MMU iaitu Saudara Mohd Syaffiq Mohd Ali. Pertandingan akhir ini menyaksikan juara tahun lalu mengekalkan kejuaraannya. Wakil MMU hanya sekadar berpuas hati dengan hadiah saguhati dengan membawa pulang wang tunai RM 200 dan piala iringan.
Semoga wakil MMU akan terus berjuang mencapai kejayaan yang lebih tinggi pada tahun hadapan.

Sunday, July 6, 2008

Tahniah dan Semoga berjaya- Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Melaka 2008

Pada 6 Julai 2008, bertempat di Dewan Kuliah Seri Lanang, Taman Budaya Negeri Melaka telah berlangsung Pertandingan Saringan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Negeri Melaka. Pertandingan ini disertai oleh 3 orang ahli pasukan debat Universiti Multimedia yang terdiri daripada Mohd Syaffiq Mohd Ali, Mohd Syukri Mohammad Kamal dan Muhd Rafiq Akmal. Pertandingan saringan ini disertai seramai hampir 30 orang peserta dan hanya 9 orang peserta akan terpilih bagi melayakkan diri ke peringkat akhir yang akan berjuang bersama- sama bertanding dengan juara bertahan.
Keputusan yang diumumkan pada waktu petang hari tersebut memberikan kejayaan kepada Saudara Mohd Syaffiq Mohd Ali dengan puisi Pahlawan Tanah Merdeka telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 13 Julai 2008 nanti. Semoga Berjaya.
Kepada yang gagal masa masih panjang untuk berusaha lagi tahun hadapan.
Terima kasih juga diucapkan kepada Saudara Myer, dan Saudara Mino yang sudi datang memberi sokongan.

Thursday, July 3, 2008

GENERASi MuDA MuLTiMEDiA



Pada 2 Jun 2008, jam 9 malam bertempat di bilik debat Universiti Multimedia Kampus Melaka telah diadakan satu latihan percakapan umum bagi para pendebat junior dalam Misi melahirkan generasi pelapis pendebat Multimedia.

Perjumpaan ini telah menyaksikan kebolehan para junior untuk bercakap secara spontan berdasarkan beberapa tajuk yang telah diberikan.

Disamping itu juga Pasukan Debat Multimedia dikunjungi oleh Pendebat Ternama Saudara Aminurrasyid bin Mohd Sharaii daripada Universiti Teknologi Petronas sebagai kunjungan perkongsian pintar.

~ Di Kesempatan ini juga diucapkan Selamat Maju Jaya kepada pendebat MMU yang akan berjuang di Debat Merdeka Komuniti Bestari Peringkat (Zon 4) Kebangsan 2008. Moga berjaya meraih kejayaan yang cemerlang ~