Mutiara Kata

“If lie returns to the mouth of the powerful, our voice of fire will speak again because we have the right to fight for our lives and dignity…”

-Power of the people-

Tuesday, July 28, 2009

IPTS PERTAMA MELAKAR SEJARAH : NAIB JOHAN DEBAT ALAM SEKITAR IPT 2009


Pada tanggal 28 Julai 2009, bertempat di Kompleks Canselor Universiti Teknologi Petronas telah berlangsungnya Pertandingan Akhir Debat Alam Sekitar IPT 2009 yang menemukan Multimedia Universiti (Kerajaan) dan Universiti Putra Malaysia (Pembangkang). Dengan usul "Masalah Alam Sekitar : Agenda Politik Mesra Alam adalah Jawapannya".

Pertandingan ini telah berlangsung dari 24 hingga 28 Julai membabitkan hampir 24 IPT mengambil bahagian. Pertandingan anjuran Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Majlis Debat Universiti Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Teknologi Petronas sendiri sebagai Tuan Rumah.

Walaupun Pasukan MMU sekadar berpuas hati sebagai Naib Johan. Namun, ini adalah kenangan manis buat IPTS kerana merupakan IPTS Pertama ke pentas akhir Debat Alam Sekitar.

Tahniah diucapkan kepada para pendebat yang telah berusaha keras:

1. Saudara Myer Iyemmman Yusof
2. Saudara Muhd Nazwan bin Kamal Din
3. Saudara Mohd Fahmi bin Abd Aziz
4. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud

Pegawai Pengiring:
Cik Norhaizum Sahril

Ucapan Penghargaan kepada semua anggota Suara MMU, Jurulatih , Penasihat Persatuan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar STAD dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Terima Kasih..

TAHNIAH

Sunday, July 12, 2009

PENTAS AKHIR : PENGISAHAN KENEGARAAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

(bergambar kenangan bersama Tetamu kehormat , JOHAN dan Peserta Akhir- MMU(Melaka)- belah kanan)

(Aksi Dato Bendahara menghadap Sultan Melaka semasa diperingkat Separuh Akhir)


(Aksi semasa di pentas akhir... mengimbau kenangan laungan kemerdekaan)

(dari kiri - Pravin, Syukri dan Rafiq)

Pada 7 hingga 10 Julai 2009 bertempat di Alor Setar Kedah telah berlangsungnya Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2009. Pasukan Suara Patriot MMU yang dianggotai oleh 3 orang pengisah telah mewakili Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia ke peringkat Separuh Akhir 1 yang melibatkan 7 buah negeri yang lain, manakala lagi 7 buah negeri berentap di lokasi pertandingan berlainan. Rezeki Milik Negeri Matinya Seorang Pahlawan telah melayakkan Melaka ke Pentas Akhir pertandingan tersebut.

Tajuk Pengisahan:
Melaka : Rentetan Kenegaraan

Peserta :
1. Saudara Mohd Syukri bin Mohammad Kamal
2. Saudara Pravin A/L Seeralan
3. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud

Pemerhati:
1. Saudara Muhd Afiq Ismail
2. Saudara Shahnizam

Tahniah kepada yang telah berjaya dan Terima kasih kepada semua yang telah membantu dan memberi sokongan.
Moga kejayaan ini diteruskan pada tahun hadapan.
TAHNIAH