Mutiara Kata

“If lie returns to the mouth of the powerful, our voice of fire will speak again because we have the right to fight for our lives and dignity…”

-Power of the people-

Saturday, June 27, 2009

PRESTASI MENINGKAT : DEBAT KEPENGGUNAAN 2009


Pada 18 hingga 21 Jun 2009 bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Johor telah berlangsungnya Pertandingan Debat Kepenggunaan IPTA/IPTS dan Institut Perguruan 2009.

Pasukan debat MMU telah menghantar sebuah pasukan yang dianggotai oleh :
1. Saudara Muhd Nazwan bin Kamal Din
2. Saudara Mohd Syukri bin Mohammad Kamal
3. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud
4. Saudara Pravin A/L Seeralan
Pegawai Pengiring:
1. Cik Norhaizum Sahril
2. Saudara Myer Iyemman Yusof
Pemerhati:
Saudari Fatehah Mohd Rafik

Berdasarkan hasil pertandingan, Pasukan Debat MMU berjaya meningkatkan prestasi pada tahun ini jika dibandingkan pada tahun lepas (2008) dengan mencatat 4 kemenangan berbanding tahun lalu 3 kemenangan. Formasi pasukan yang diubah juga satu petanda baik dalam kecemerlangan Pasukan Debat MMU pada masa depan.
Tahniah diucapkan..

Wednesday, June 17, 2009

SEJARAH TERCIPTA: SEPARUH AKHIR DEBAT PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL IPT 2009

Pada 12 hingga 16 Jun 2009 bertempat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Pasukan debat Multimedia University telah mencatat satu sejarah baru apabila berjaya meraih kejayaan melayakkan diri ke Peringkat Separuh Akhir Pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional IPT 2009. Lebih manis lagi apabila Saudara Myer Iyemman dinobat sebagai Pendebat Terbaik Keseluruhan Liga dan Saudara Muhd Nazwan ditempat ketiga keseluruhan. TAHNIAH....

Pasukan ini disertai oleh :
1. Saudara Myer Iyemman Yusof
2. Saudara Muhd Nazwan bin Kamal Din
3. Saudara Dheepan A/L Prantaman
4. Saudara Mohd Syukri bin Mohammad Kamal
Pegawai Pengiring/ Hakim:
En Abdullah Sallehuddin Abdullah Salim
Pemerhati :
1. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud
2. Saudara Pravin A/L Seeralan

Kejayaan yang tercipta ini merupakan kejayaan tertinggi pasukan debat MMU setakat ini dalam kategori debat besar anjuran Jabatan Kerajaan/Swasta. Sebelum ini kejayaan tertinggi hanya layak ke peringkat suku akhir dalam Debat Alam Sekitar 2007 dan Debat Kemerdekaan 2007.
Moga- moga kejayaan ini menjadi menyuntik semangat kepada pasukan debat MMU untuk terus berjaya. Terima kasih diucapkan kepada jurulatih kami, En Sallehuddin, Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang telah menampung perbelanjaan penerbangan kami dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak.

TAHNIAH MMU


( dari kiri: Rafiq, Pravin, Usher MMU, Syukri, Nazwan dan Myer Iyemman)