Mutiara Kata

“If lie returns to the mouth of the powerful, our voice of fire will speak again because we have the right to fight for our lives and dignity…”

-Power of the people-

Saturday, May 31, 2008

Naib Johan Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Melaka 2008


Bertempat di Dewan Kolej Teknologi Antarabangsa Islam Melaka, Kuala Sg. Baru, Masjid Tanah Melaka bertarikh 31 Mei 2008 berlansungnya Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Melaka 2008 anjuran Jabatan Penerangan Negeri Melaka yang dirasmikan oleh YB En. R.Perumal (Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna).


Pada tahun ini format penyertaan yang baru telah diperkenalkan iaitu pertandingan ini dihakimi dalam bentuk kumpulan dan bukan secara individu seperti mana tahun- tahun sebelumnya. Pertandingan ini juga terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 45 tahun.


Sebanyak 5 pasukan dari sekitar Melaka telah melayakkan diri ke Pertandingan Peringkat Akhir selepas berjaya melepasi sesi saringan penilaian nota pengisahan yang dibuat oleh panel penilai. Antara peserta yang berjaya ke peringkat Akhir pada tahun ini adalah Johan Individu Pengisahan Kenegaraan negeri 2006 serta beberapa peserta berpengalaman menyertai pertandingan tersebut beberapa kali secara individu sebelum ini.


Penyertaan MMU dalam pertandingan ini merupakan penyertaan kali pertama secara berkumpulan, yang sebelum ini hanya diwakili oleh Pensyarah MMU iaitu En Abdullah Sallehudin secara individu.

MMU telah menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 2 orang ahli Pasukan Debat Bahasa Melayu sebagai wakil pengisah. Pasukan yang diberi nama Suara Patriot MMU diwakili oleh dua pengisah iaitu Saudara Myer Iyemman Yusof dan Saudara Mohd Syukri Mohammad Kamal.


Suara Patriot MMU merupakan pasukan giliran terakhir yang membuat persembahan. Debaran hati semakin memuncak menanti giliran. Walaupun berdebar, Syukur ke hadrat Illahi semua berjalan lancar dan semua pengisah berjaya memainkan watak dengan baik. Jauh disudut hati pengisah MMU untuk memenagi pertandingan akhir ini, dan sekadar berharap untuk hadiah Saguhati yang akan membawa pulang wang tunai RM 500.00 dek kerana persembahan dari pasukan lain yang agak hebat. Alhamdulillah, rezeki milik MMU.


Dengan tajuk Melaka: rentetan Suvival Kenegaraan MMU membuktikan sebagai terbaik. Tahniah kepada Pasukan Suara Patriot MMU kerana berjaya mengondol Naib Johan dalam Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Melaka 2008 yang membawa pulang wang tunai RM 1000.00 beserta hadiah iringan.


Semoga pengalaman yang ditimba dapat digunakan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada tahun hadapan. Insyaallah.

~Tahniah~

Saturday, May 24, 2008

Batu Puteh Jatuh ke Tangan Singapura

Penghakiman setebal 81 halaman putuskan Batuan Tengah milik Malaysia


THE HAQUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) semalam memutuskan Singapura mempunyai hak ke atas Pulau Batu Puteh, manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia.

Bagaimanapun, ICJ memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang
menguasainya.

Penghakiman setebal 81 halaman itu yang dibacakan oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, selama kira-kira sejam 45 minit mulai 10 pagi itu, (4 petang waktu Malaysia), menamatkan pertikaian lebih 28 tahun oleh kedua-dua negara ke atas muka bumi itu.

Dalam keputusan berhubung Pulau Batu Puteh yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Blanca, 12 hakim memihak kepada Singapura manakala empat Malaysia, Batuan Tengah (15-1). Bagi Tubir Selatan ICJ mengundi 15-1, ia hak negara yang memiliki perairannya.

Mereka mengiktiraf tuntutan Kesultanan Johor terhadap hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh serta dua lagi, tetapi mengambil kira bahawa lebih 100 tahun Malaysia tidak berbuat apa-apa untuk menunjukkan haknya ke atas pulau itu.

Selain itu, surat Penolong Setiausaha kerajaan Johor pada 1953 kepada Singapura yang tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Puteh, dianggap mahkamah sebagai pengakuan penyerahan kedaulatan pulau berkenaan kepada republik itu.

Keputusan ICJ yang juga badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, adalah muktamad dan mengikat kedua-dua negara serta tidak boleh dirayu lagi. Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengetuai rombongan Malaysia mendengar penghakiman itu, menyifatkan keputusan berkenaan sebagai menang-menang kerana Singapura tidak memperoleh semua yang dituntut, sebaliknya Malaysia diberi hak kedaulatan ke atas Batuan Tengah.

Sehubungan itu, katanya, Jawatankuasa Teknikal yang dibentuk kedua-dua negara bagi mengkaji hasil keputusan itu akan memulakan segera mesyuarat untuk mencari kaedah penyelesaian kedudukan Tubir Selatan, yang tidak diputuskan pemiliknya dalam penghakiman berkenaan.

ICJ mula membicarakan tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh pada 6 November 2007. Dokumen ratifikasi perjanjian khas untuk memeterai persetujuan kedua-dua negara membawa dan menerima sebarang keputusan ICJ berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan itu ditandatangani Malaysia dan Singapura pada 6 Februari 2003 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Ini kali kedua ICJ membuat keputusan berhubung tuntutan wilayah bertindih membabitkan Malaysia. Pada Disember 2002, ICJ memutuskan Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di pantai Sabah, yang turut dituntut Indonesia.

Dalam menolak tuntutan Singapura ke atas Batuan Tengah, Awn Shawkat berkata, 15 hakim mendapati hak milik asal Batuan Tengah perlu dikekal kepada Malaysia sebagai pengganti Kesultanan Johor.

Beliau berkata, mahkamah tidak menerima tuntutan Singapura berhubung negara yang memiliki kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, sekali gus mempunyai hak yang sama ke atas Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Berhubung Pulau Batu Puteh, mahkamah menerima hujah Malaysia bahawa Kesultanan Johor mempunyai hak kedaulatan ke atas pulau berkenaan bermula sebelum 1800 hingga 1840 dan melalui surat pegawai kanan kerajaan Johor hak itu diserahkan kepada kerajaan British Singapura pada 1953.

"Mahkamah memutuskan Kesultanan Johor mempunyai hak milik asal ke atas Pulau Batu Puteh dan hak itu disokong serta disahkan melalui tindakan Sultan Johor mengambil tindakan ke atas Orang Laut yang tinggal di kepulauan di Selat Singapura termasuk Pulau Batu Puteh serta menjadi kawasan marin itu tempat penginapan mereka," katanya.

Katanya, hak kedaulatan pulau berkenaan terus berada di bawah Kesultanan Johor melalui perjanjian British-Belanda 1824, Triti Crawfurd 1824 dan apabila Sultan Johor bersetuju menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur (EIC).

Mengenai kedudukan perundangan ke atas pulau itu selepas 1840, Awn Shawkat berkata, mahkamah menimbang fakta yang berkaitan, terutama mengenai kegiatan atau tindakan yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam tempoh itu.

"Kami meneliti kejadian yang berlaku dalam tempoh itu seperti proses pembinaan rumah api dan kegiatan yang berlaku pada 1852-1952, iaitu pengenalan peraturan mengenai rumah api serta sistem lampu selat, perkembangan perlembagaan Malaysia dan Singapura serta peraturan perikanan Johor pada 1860 tetapi semuanya tidak dapat membantu memuktamadkan kes di depan mahkamah ini.

"Bagaimanapun, mahkamah mengambil kira surat Penolong Setiausaha Kerajaan Johor dan mentafsirkan sebagai satu yang amat penting untuk menentukan persefahaman perkembangan kedua-dua pihak berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh.

"Justeru mahkamah mendapati surat jawapan Johor itu menunjukkan sejak 1953 lagi negeri itu sedar ia tidak lagi mempunyai hak kedaulatan ke atas pulau berkenaan," katanya.

Awn Shawkat berkata, mahkamah akhirnya meneliti tindakan atau kegiatan yang dilakukan kedua-dua pihak selepas 1953 dan membuat kesimpulan tindakan tertentu seperti penyiasatan Singapura berhubung kapal karam dalam perairannya, permohonan kebenaran pegawai Malaysia membuat kerja ukur di perairan pulau itu, sebagai tindak-tanduk melaksanakan hak kedaulatan.

Selain itu, katanya, mahkamah menimbang tindakan pihak lain yang menyokong tuntutan Singapura seperti tindakan Malaysia mendiamkan diri apabila Singapura mengibarkan bendera di Pulau Batu Puteh, pemasangan alat komunikasi tentera pada 1977, cadangan kerja penambakan laut, penerbitan tertentu serta peta.

Berdasarkan fakta itu, katanya, mahkamah memutuskan bahawa Singapura sudah mempunyai hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh sejak 1980, iaitu tarikh pertikaian kes itu bermula.

INFO: Pulau Batu Puteh

· Pulau Batu Puteh sebesar separuh padang bola sepak itu terletak kira-kira 12.8 kilometer (km) dari Pengerang, Johor dan 64 km ke timur Singapura.

· Batuan Tengah dan Tubir Selatan secara geologi bersambung dengan Pulau Batu Puteh.

· Jarak di antara Batuan Tengah dengan Pulau Batu Puteh ialah 0.96 kilometer manakala Tubir Selatan dengan Pulau Batu Puteh kira-kira empat kilometer.

· Malaysia dan Singapura bersetuju membawa kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2003 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

· ICJ mula membicarakan tuntutan terhadap pulau itu pada 6 November 2007.

· Delegasi Malaysia terdiri daripada ejen, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad; ejen bersama, Datuk Noor Farida Ariffin; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd Isa dan wakil kerajaan Johor, Datuk Hamsan Saringat.

· Delegasi Singapura pula terdiri daripada Timbalan Perdana Menterinya, S Jayakumar; Ketua Hakim Negara, Chan Sek Keong; Peguam Negara, Chao Hick Tin dan ejennya, Prof Tommy Koh.

Tuesday, May 20, 2008

Kejutan-Tun Mahathir

Petikan Akhbar-Kosmo (Dr. Mahathir keluar UMNO)

Oleh BASIR ABU BAKAR dan ZAINAL AZHAR MOHAMED berita@kosmo.com.my

ALOR STAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta semalam dengan alasan telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO sekarang.

Menurut Dr. Mahathir, kepimpinan UMNO ketika ini gagal membela nasib orang Melayu di negara ini dan ia menjadi punca kepada keputusannya itu.

"Saya umum saya keluar parti (UMNO) hari ini (semalam)," tegas beliau yang juga merupakan ahli UMNO seumur hidup.

Ungkapan yang mengejutkan itu diumumkan di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang terdiri daripada pelbagai parti dan kaum pada majlis ceramah bertajuk 'Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Ke-12' anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah di sebuah hotel di sini.

Jelasnya, surat mengenai pengisytiharan keluar parti itu akan dihantar secara rasmi kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor secepat mungkin.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir memberitahu, beliau akan kembali semula bersama UMNO sebaik sahaja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Dr. Mahathir dengan wajah yang kecewa berkata, beliau terpaksa mengambil tindakan keluar UMNO yang dianggotainya sejak 1946 kerana berpendapat parti itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu, seperti sejarah penubuhannya.

Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, beliau mendakwa, UMNO kini telah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan mengutamakan kepentingan keluarganya sehingga membelakangkan negara.

Malah beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana ahli-ahli UMNO masih disekat oleh kepimpinan parti daripada berjumpanya.

"Sampai nak adakan perjumpaan, ahli-ahli UMNO dan ketua bahagian tidak dibenar berjumpa saya. Ini apa?

"Saya boleh senaraikan perkara-perkara yang dia (Abdullah) lakukan sehingga merugikan negara kita dan UMNO yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lalu," katanya.

Dalam sejarah Dr. Mahathir dalam UMNO, beliau pernah dipecat daripada parti itu pada 1969 kerana melanggar disiplin parti apabila mengkritik kepimpinan UMNO ketika itu, tetapi diterima kembali ke dalam parti pada 1972.

Katanya lagi, pengumuman untuk keluar parti tidak merujuk kepada sesiapa, sebaliknya keputusan daripada diri beliau sendiri.

"Saya beri pengakuan berkenaan diri sendiri, saya tidak peduli sama ada orang nak ikut atau tidak, kalau mereka harus sokong Abdullah, utamakan Abdullah kerana itu hak mereka," ujarnya.

Mengenai kesempatan yang bakal diambil oleh pembangkang di sebalik keputusan tersebut, Dr. Mahathir berkata, parti lawan mahu Abdullah terus menjadi pemimpin kerana mereka mengiktiraf kepimpinannya.

"Parti lawan mahu Abdullah kerana beliau telah memberi kejayaan besar kepada mereka pada pilihan raya lalu (Pilihan Raya Umum Ke-12)," dakwa beliau.

Sebelum itu, dalam ceramah yang disampaikannya, beliau mencadangkan supaya pemimpin-pemimpin UMNO cawangan dan bahagian meletak jawatan dan keluar UMNO, tetapi bukan untuk menyertai parti lain kerana tindakan itu perlu dilakukan untuk menyelamatkan parti selagi ia diterajui Abdullah.

20 Mei 2008

Kenapa ini berlaku??
Apakah yg akan terjadi pada bangsa Melayu dan UMNO??

Monday, May 19, 2008

Liku Pengalaman Debat MMU

Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2006 ( UKM )


Barisan Pendebat:

Myer Iyemman (First Speaker), Siti Roslianti Rosli (Second Speaker) and Muhammad Nazwan (Third Speaker).

MMU v UTP -> MMU won

MMU v UKM -> UKM won

MMU v Uniten -> Uniten won

MMU v UM -> UM won

MMU v UMT 2 -> MMU won

MMU v UMT 1 -> UMT 1 won


Debat Perdana Intergriti 2007 ( UPM )


MMU v UPSI -> MMU won

MMU v UKM -> UKM won

MMU v UTM -> UTM won

MMU v UM -> UM won

MMU v UTP 2 -> MMU won

MMU v UTP 1 -> UTP 1 won


Debat Alam Sekitar 2007 ( USIM )


Barisan Pendebat:

Mohd Fahmi Abdul Aziz ( First Speaker ), Myer Iyemman ( Second Speaker ), Fahmi Fazreen ( Third Speaker ), Mohd Syukri ( Reserve )

MMU v UTP -> UTP won

MMU v Unitar -> MMU won

MMU v UUM -> MMU won

MMU v UMS -> UMS won

MMU v UMP -> MMU won

MMU v USM -> MMU won

Suku Akhir

MMU v UITM -> UITM won


Debat Kemerdekaan 2007 ( Unimap )

Barisan Pendebat:

Mohd Fahmi ( First Speaker ), Myer Iyemman ( Second Speaker ), Syarifah Anis Syafiqah ( Third Speaker ), Fahmi Fazreen ( Flexible )..

MMU v UITM -> UITM won

MMU v UM -> UM won

MMU v UniKL -> MMU won

MMU v Unitar -> MMU won

MMU v USIM -> MMU won

MMU v UDM -> MMU won

MMU v UKM -> UKM won


Debat Pencegahan Rasuah 2007 ( MMU Melaka )

Pembahagian Barisan Pendebat:

MMU 1

Mohd Fahmi
Mohd Syukri
Syarifah Anis Syafiqah
Abd Rashid Hamdan

MMU 2

Myer Iyemman
Muhammad Nazwan
Fahmi Fazreen
Zaidah Zaidee

Tahniah diucapkan kepada pasukan MMU 1 kerana layak ke peringkat akhir namun hanya sekadar Naib Johan menentang UITM 1. Tahniah juga kepada Saudari anis kerana berjaya menjulang gelaran Pembahas Terbaik peringkat akhir tersebut.


Debat Perundangan Piala Ketua Hakim 2007 (UKM)


Barisan pendebat:

Myer Iyemman ( 1st ), Mohd Amirul Ridzwan ( 2nd ) Mohd khairul ( 2nd ), and Muhammad Nazwan ( 3rd ).


Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2007 (UMP)


Barisan Pendebat:

Myer Iyemman ( 1st ), Mohd Syukri ( 2nd ), Muhammad Nazwan ( 3rd ), Siti Roslianti (reserve).

MMU v UPNM -> MMU won

MMU v UNIMAS -> UNIMAS won

MMU v USM -> USM won

MMU v KUIS -> MMU won

MMU v UTM -> UTM won

MMU v UDM -> UDM won


Debat Perdana Integriti 2008 ( USM )


MMU A

1.Mohd Fahmi
2.Myer Iyemman
3.Syarifah Anis Syafiqah
4.Abdul Rashid Hamdan

MMU B

1.Fahmi Fazreen
2.Mohd Syukri
3.Muhammad Nazwan
4.Siti Roslianti


Perlawanan adalah seperti berikut:

MMU A v UDM B -> MMU won

MMU A v UTP B -> UTP B won

MMU A v Utem B -> MMU A won

MMU A v UPNM -> MMU A won

MMU A v Uniten -> MMU A won

MMU A v USM A -> USM A won