Mutiara Kata

“If lie returns to the mouth of the powerful, our voice of fire will speak again because we have the right to fight for our lives and dignity…”

-Power of the people-

Friday, August 29, 2008

Debat Kemerdekaan 2008

Pada 21-25 Ogos 2008 telah berlangsungnya Pertandingan Debat Kemerdekaan 2008 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu. MMU telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada:

1. Saudara Mohd Fahmi Abd Aziz
2. Saudara Myer Iyemman Yusof

3. Saudara Mohd Fahmi Fazreen

4. Saudari Syarifah Anis Syafika


Walaupun sudah berusaha keras namun pasukan MMU masih gagal untuk layak ke peringkat yang lebih tinggi. Mungkin rezeki belum lagi milik MMU.
Semoga pasukan MMU akan terus berusaha dalam debat-debat seterusnya.
Semoga ada satu kejayaan yang ditunggu-tunggu di Debat kepenggunaan 2008 nanti yang mana MMU merupakan Tuan Rumah penganjuran debat tersebut.

Sunday, August 17, 2008

Pertandingan Pidato Kemerdekaan 2008

Pada 15 hingga 17 Ogos 2008, telah berlangsungnya Pertandingan Pidato Kemerdekaan 2008 bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

MMU telah menghantar 2 orang wakil bagi 2 kategori. Kategori Bahasa Melayu diwakili oleh Saudara Myer Iyemman Yusof , manakala Kategori Bahasa Inggeris diwakili oleh Saudara Dheepan A/L Pranthaman.

Ini merupakan kali pertama penyertaan mereka dan semoga dengan pengalaman yang ditimba dijadikan satu platform untuk terus maju pada tahun-tahun berikutnya.

~Semoga Berjaya~

Thursday, August 7, 2008

DEBAT KEUSAHAWANAN ANTARA IPT 2008


SHAH ALAM- Pada 5 hingga 8 Ogos 2008 telah berlangsung Pertandingan Debat Keusahawanan antara IPT 2008 yang telah berlangsung dengan jayanya di Universiti Teknologi Malaysia Kampus Shah Alam. Pertandingan yang disertai oleh 10 buah IPT seluruh Malaysia.

Berikut adalah keputusan pusingan awal pasukan Universiti Multimedia:

Hari pertama

Pusingan 1

Usul : Kemahiran Pengurusan Kewangan Kunci Kemajuan Usahawan

Kerajaan : Universiti Multimedia

Pembangkang : UITM Shah Alam 2

Keputusan :

Pendebat terbaik : Saudara Mohd Syukri Mohd Kamal (MMU)

Usul di terima (kemenangan kepada MMU)

Margin : 2.0

Juri : 1-0

Pusingan 2

Usul : Insentif Membantu Usahawan Sekadar Wujud

Kerajaan : Universiti Multimedia

Pembangkang : SWING (UITM Shah Alam)

Keputusan :

Pendebat terbaik : Saudara Mohd Shamsudin (SWING-UITM)

Usul di tolak (kemenangan kepada SWING-UITM)

Margin : 2.0

Juri : 1-0

Pusingan 3

Usul : Keusahawanan Ikut- Ikutan

Kerajaan : UITM Sabah

Pembangkang : Universiti Multimedia

Keputusan :

Pendebat terbaik : Saudara Farhan Haziq (UITM Sabah)

Usul di terima (kemenangan kepada UITM Sabah)

Margin : 2.0

Juri : 1-0

Hari Kedua

Pusingan 4

Usul : IKS Pemacu Ekonomi Negara

Kerajaan : UITM Kelantan

Pembangkang : Universiti Multimedia

Keputusan :

Pendebat Terbaik: Saudara Mohd Syukri Mohd Kamal (MMU)

Usul ditolak ( kemenangan kepada MMU)

Margin : 3.0

Juri : 1-0

Pusingan 5

Usul : Karenah Birokrasi Merencatkan Pembangunan Keusahawanan

Kerajaan : Universiti Multimedia

Pembangkang : UITM Shah Alam 1

Keputusan :

Pendebat terbaik : Saudari Alia (UITM Shah Alam 1)

Usul diterima (kemenangan kepada MMU)

Margin : 1.0

Juri : 1-0

Peringkat Separuh Akhir

Usul : Agensi Kerajaan Belum Cukup Serius Membimbing Usahawan

Kerajaan : Universiti Multimedia

Pembangkang : UIAM 1

Keputusan :

Pendebat terbaik : Saudara Mohd Fitri (UIAM 1)

Usul di usul ditolak (kemenangan kepada UIAM 1)

Margin : 4.0

Juri : 3-0

Selepas pusingan awal Pasukan Debat Junior Universiti Multimedia telah berjaya menempatkan diri di tangga ke ke-4 keseluruhan. Walaupun gagal di peringkat separuh akhir, Tahniah buat pasukan debat MMU yang telah berusaha dengan baik dan lebih manis apabila Saudara Mohd Syukri Mohd Kamal dinobat sebagai Pendebat TOP 3 Keseluruhan. Namun kejayaan tersebut juga dirangkul oleh pendebat Saudari Kumudha di tempat ke-7 dan Saudara Dheepan di tempat ke-11. Tahniah diucapkan.

Terima kasih diucapkan atas bantuan dan sokongan daripada Saudara Myer Iyemman, En Abdullah dan rakan-rakan yang lain.

Moga Pasukan pendebat MMu akan terus berjaya dalam Debat Kemerdekaan bulan depan. Insyaallah…

Tuesday, August 5, 2008

DEBAT KEUSAHAWANAN ANTARA IPT

Perjuangan Pertandingan Debat Keusahawanan Antara IPT anjuran MEDEC dengan kerjasama UITM Shah Alam akan bermula pada 5 Ogos hingga 8 Ogos 2008 di Kampus UITM Shah Alam. Buat pertama kalinya MMU diwakili oleh barisan junior dikepalai oleh Saudara Mohd Syukri sebagai ketua pasukan bagi membimbing junior yang lain. Selain itu, penyertaan kali ini juga buat sekian kalinya menampilkan kelibat dua pendebat bukan melayu yang akan menggalas tanggungjawab dalam siri perdebatan kali ini. Berikut adalah senarai pendebat MMU :

1. Saudara Mohd Syukri Bin Mohammad Kamal
2. Saudara Dheepan A/L Pranthaman
3. Saudari Kumudha A/P Paramasivan
4. Saudari Nur Shafiqa Balqish BT Jaffri

Pemerhati : Saudari Sharifah Masmurni bt Syed Mazhar Ali

Pertandingan ini melibatkan 16 IPT seluruh Malaysia.
Semoga Pasukan Debat MMU akan berjaya merangkul kejayaan. Insyaallah..

Friday, August 1, 2008

DEBAT ALAM SEKITAR ANTARA IPT 2008 –UMS

Kota Kinabalu- Pada 25 hingga 29 Julai 2008 telah berlangsung Pertandingan Debat Alam Sekitar 2008 yang telah berlangsung dengan jayanya di Universiti Malaysia Sabah. Pertandingan yang disertai oleh 24 buah Universiti seluruh Malaysia.

Berikut adalah keputusan pusingan awal pasukan Universiti Multimedia:

Hari pertama

Pusingan 1
Usul : Pembangunan Mapan Mampu Menjana Keseimbangan Alam Sekitar
Kerajaan : Universiti Multimedia
Pembangkang : Universiti Malaysia Terengganu
Keputusan :
Pendebat terbaik : Saudara Myer Iyemman Yusof (MMU)
Usul di terima (kemenangan kepada MMU)
Margin : 6.0
Juri : 3-0

Pusingan 2
Usul : Pencemaran Sungai di Malaysia, Sudah Tiada Harapan
Kerajaan : Universiti Sains Malaysia
Pembangkang : Universiti Multimedia
Keputusan :
Pendebat terbaik : Saudara Myer Iyemman Yusof (MMU)
Usul di tolak (kemenangan kepada MMU)
Margin : 4.33
Juri : 3-0

Pusingan 3
Usul : Demi Alam, Konsep Pencemar Bayar Perlu dikuatkuasakan
Kerajaan : Universiti Multimedia
Pembangkang : Universiti Utara Malaysia
Keputusan :
Pendebat terbaik : Saudara Myer Iyemman Yusof (MMU)
Usul di terima (kemenangan kepada MMU)
Margin : 4.66
Juri : 3-0

Hari Kedua

Pusingan 4
Usul : Undang - undang Jawapan terbaik kepada Permasalahan Alam Sekitar
Kerajaan : Universiti Teknologi Mara
Pembangkang : Universiti Multimedia
Keputusan :
Pendebat Terbaik: Saudara Muhammad Nizamuddin Abd Hamid (UITM)
Usul diterima ( kemenangan kepada UITM)
Margin : 4.5
Juri : 2-1

Pusingan 5
Usul : Kitar Semula : Hangat - hangat Tahi Ayam
Kerajaan : Universiti Multimedia
Pembangkang : Universiti Perguruan Sultan Idris
Keputusan :
Pendebat terbaik : Saudari Siti Habibah (UPSI)
Usul ditolak (kemenangan kepada UPSI)
Margin : 3.5
Juri : 2-1

Pusingan 6
Usul : Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia Tidak Tentu Arah
Kerajaan : Universiti Multimedia
Pembangkang : Universiti Teknologi Malaysia
Keputusan :
Pendebat terbaik : Saudara Myer Iyemman Yusof (MMU)
Usul di usul ditolak (kemenangan kepada UTM)
Margin : 1.66
Juri : 3-0

Selepas pusingan awal Pasukan Debat Universiti Multimedia telah berjaya menempatkan diri di tangga ke kesembilan. Walaupun gagal ke peringkat suku akhir , Tahniah buat pasukan debat MMU yang telah berusaha dengan baik dan lebih manis apabila Saudara Myer Iyemman Yusof dinobat Pendebat TOP 4 Keseluruhan. Tahniah diucapkan.
Pertandingan ini di juarai oleh pendebat Universiti Teknologi Mara dan pendebat terbaik pusingan Akhir Saudari Farhan Nor Diyana.
Terima kasih diucapkan atas sokongan En Abdullah ,Cik Asmida dan rakan-rakan yang lain. Terima kasih MMU yang telah menaja penerbangan MAS Airline ke Kota Kinabalu. Moga Pasukan pendebat MMu akan menebus kekecewaan di Debat Kemerdekaan bulan depan. Insyaallah…