Mutiara Kata

“If lie returns to the mouth of the powerful, our voice of fire will speak again because we have the right to fight for our lives and dignity…”

-Power of the people-

Monday, December 28, 2009

ROYAL 2009 PENGEMBARAAN DUNIA BARU MMU


Pada bulan 3 hingga 8Disember 2009 yang lalu,Pasukan Debat MMU Suara Debat MMU telah menghantar 3 pasukan ke Pertandingan Debat Diraja di Universiti Malaya.Ini adalah penyertaan pertama IPTS dalam pertandingan tersebut.

Pasukan Utama 1

1.Myer Iyemman Bin Yusoff

2.Muhd Nazwan bin Kamal Din

3.Muhammad Fahmi Fazreen

4.Amirah Bte Shuhaimi

Pasukan Utama 2

1.Muhd Fahmi Abd Aziz

2.Muhammad Rafiq Akmal Bin Mohd Daud

3.Dheepan A/l Pranthaman

4.Nur Raihan Bte Maiddin.

Pasukan Muda

1.Mohd Syukri Bin Mohammad Kamal

2.Pravin A/l Seeralan

3.Fathiha Bte Mohd Rafik

4.Nan Muhammad Ridwan Bin Rosnan

Rumusannya,formula baru MMU dalam pertukaran posisi pendebat berkesan namun tidak cukup berkesan untuk melepasi pusingan yang lebih mencabar dalam pertandingan tersebut.

Oleh itu,diharapkan Suara Debat MMU tidak melepaskan peluang untuk menggondoli kejohanan di pertandingan akan datang

Selamat Berjuang Suara Debat MMU

Wednesday, August 26, 2009

DEBAT KEMERDEKAAN 2009 : 2 IPTS BERENTAP DI AKHIR


Pada tanggal 14-18 Ogos 2009, Pertandingan
Debat Kemerdekaan anjuran Arkib Negara dan
Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia
(MADUM) dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia,
telah berlangsung di USIM, Nilai, Negeri Sembilan.

Pertandingan tahun ini menetapkan beberapa peraturan
atau syarat baru yang perlu dipersetujui dan
dipenuhi oleh setiap pasukan yang mengambil bahagian.
Sebagai contoh, penganjuran Debat Kemerdekaan
tahun ini membuka penyertaan kepada
Institut Perguruan dari serata Malaysia untuk sama-sama
beradu nasib di pentas perdebatan intervarsiti.
Selain itu, penglibatan pendebat dari kalangan mahasiswa
yang bukan bumiputera juga ditetapkan bagi setiap pasukan
selaras dengan penekanan Konsep 1Malaysia
yang sering dilaung-laungkan
dewasa ini. Syabas kepada Arkib Negara!

Bagi siri Debat Kemerdekaan ini,
pencapaian terbaik pasukan MMU adalahpada tahun 2007,
hingga ke peringkat Suku Akhir sebelum ditumbangkan
oleh pasukan UKM.

Debat Kemerdekaan tahun ini membariskan 30 pasukan terdiri
daripada 29 IPTA/IPTS/IPG dan
satu pasukan pelengkap atau 'swing'.
Pasukan debat MMU tidak ketinggalan
untuk menghantar barisan pendebat yang terdiri daripada :

1. Myer Iyemman Bin Yusof
2. Dheepan A/L Pranthaman

3. Muhammad Nazwan Bin Kamal Din

4. Mohd Syukri Bin Mohammad Kamal

Berikut merupakan keputusan dan rentetan perlawanan
yang melibatkan pasukan MMU:

Persidangan Pertama

IPG Pulau Pinang (K) v MMU (P)
Usul : Isu Perpaduan : Pihak Swasta lepas tangan

Juri : 3-0
Margin : 8
Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Bin Yusof (MMU)
Pemenang : MMU

Persidangan Kedua

MMU (K) v UPSI (P)
Usul : Satu Malaysia asas perpaduan

Juri : 2-1
Margin : 4
Pendebat Terbaik : Siti Habibah (UPSI)
Pemenang : MMU

Persidangan Ketiga

UMT (K) v MMU (P)
Usul : Mata pelajaran Sejarah perlu dipanjangkan

Juri : 3-0
Margin : 3
Pendebat terbaik : Myer Iyemman Bin Yusof (MMU)
Pemenang : MMU

Persidangan Keempat

MMU (K) v UiTM (P)
Usul : Pemimpin kita tidak menghayati sejarah

Juri : 3-0
Margin : 1.3
Pendebat Terbaik : Khairulnizam Bakeri (UiTM)
Pemenang : UiTM

Persidangan Kelima
MMU (K) v UPM (P)
Usul : Kmerdekaan membawa kebebasan

Juri : 2-1
Margin : 3
Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Bin Yusof (MMU)
Pemenang : MMU

Persidangan Keenam

UIAM (K) v MMU (P)
Usul : Wilayah pembangunan ekonomi : Hangat-hangat tahi ayam

Juri : 2-1
Margin : 1
Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Bin Yusof
Pemenang : UIAM

Berikut adalah kedudukan pasukan
dan pendebat sehingga tamat pusingan awal.

Kedudukan Pasukan

1. Universiti Malaya
2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
3. Universiti Teknologi Petronas
4. Universiti Teknologi Mara
5. Universiti Sains Islam Antarabangsa
6. Universiti Malaysia Sabah
7. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
8. Universiti Multimedia

Kedudukan Top-5 Pendebat

1. Azri zahier (Universiti Malaya)
2. Farhan Nordiana (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
3. Myer Iyemman Bin Yusof (Universiti Multimedia)
4. Junnyaruin Anak Barat (Universiti Teknologi Petronas)
5. Mohd Khairul Nizam Bakeri (Universiti Teknologi Mara)


Berdasarkan empat kemenangan, pasukan MMU
berjaya menempatkan diri dalam kalangan
8 pasukan terbaik berlandaskan kedudukan liga iaitu
di tangga ke-8 dan menentang pasukan UM di tangga pertama
untuk perlawanan 'kalah-mati' Suku Akhir.


Persidangan Suku Akhir

MMU (K) v UM (P)
Usul : Kembali Ke Bahasa Melayu : Keputusan terbaik kita

Juri : 5-0
Margin : 3.66
Pendebat Terbaik : Muhammad Nazwan (MMU)
Pemenang : MMU

Rezeki yang diberikan tuhan membolehkan pasukan MMU
untuk meneruskan perjuangan ke Separuh Akhir
dan bertemu dengan pasukan UiTM.
Harapan di galas dengan penuh keazaman dan keputusan adalah :

Persidangan Separuh Akhir

UiTM (K) v MMU (P)
Usul : Media Alternatif mengancam perpaduan

Juri : 4-1
Margin : 3.33
Pendebat Terbaik : Khairulnizam bakeri (UiTM)
Pemenang : MMU

Berkat keazaman dan semangat juang setiap pendebat
dan penyokong pasukan, rezeki diberikan sekali lagi
untuk berentap idea di pentas akhir selepas
Debat Alam Sekitar yang baru sahaja melabuhkan tirai
pada tanggal 28 Julai yang lalu.
Kali ini, lebih menggembirakan apabila
pertembungan pentas akhir menemukan pasukan MMU
dan sahabat setia, pasukan UTP yang
di barisi oleh pendebat sama ketika mereka menjuarai
Debat Kemerdekaan pada edisi tahun 2008.
Keputusan adalah seperti berikut :

Persidangan Akhir

MMU (K) v UTP (P)
Perpaduan Negara tanggungjawab rakyat

Johan : Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Naib Johan : Multimedia University (MMU)
Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Bin Yusof (MMU)

Walaupun harapan untuk merangkul dan memeluk erat
piala kejuaraan masih belum dapat direalisasikan,
namun usaha dan komitmen setiap pendebat
dan barisan junior amat dihargai.
Sekalung tahniah dihulurkan kepada semua yang terlibat d
alam membentuk perjalanan dan perkembangan
pasukan debat MMU.
Kepada Penasihat Pasukan, En Abdullah, Jurulatih Pasukan,
En sallehuddin,
Pendebat-pendebat Senior, Junior
dan HEP, jutaan terima kasih kami ucapkan.
Semoga jasa dan budi baik dari kalian diberkati dan dibalas
olehNya. Amin.
Pesanan berharga kepada semua jentera yang
menggalas nama pasukan,

"Perkembangan pasukan debat memang sudah diakui.
Sekarang,
tanggungjawab bersama untuk
meneruskan momentum tersebut.
Andai
legasi ini terkubur satu hari nanti,
anda tahu siapa yang berjasa.
Maka,
sama-sama kita tingkatkan kualiti debat MMU."

Tuesday, July 28, 2009

IPTS PERTAMA MELAKAR SEJARAH : NAIB JOHAN DEBAT ALAM SEKITAR IPT 2009


Pada tanggal 28 Julai 2009, bertempat di Kompleks Canselor Universiti Teknologi Petronas telah berlangsungnya Pertandingan Akhir Debat Alam Sekitar IPT 2009 yang menemukan Multimedia Universiti (Kerajaan) dan Universiti Putra Malaysia (Pembangkang). Dengan usul "Masalah Alam Sekitar : Agenda Politik Mesra Alam adalah Jawapannya".

Pertandingan ini telah berlangsung dari 24 hingga 28 Julai membabitkan hampir 24 IPT mengambil bahagian. Pertandingan anjuran Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Majlis Debat Universiti Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Teknologi Petronas sendiri sebagai Tuan Rumah.

Walaupun Pasukan MMU sekadar berpuas hati sebagai Naib Johan. Namun, ini adalah kenangan manis buat IPTS kerana merupakan IPTS Pertama ke pentas akhir Debat Alam Sekitar.

Tahniah diucapkan kepada para pendebat yang telah berusaha keras:

1. Saudara Myer Iyemmman Yusof
2. Saudara Muhd Nazwan bin Kamal Din
3. Saudara Mohd Fahmi bin Abd Aziz
4. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud

Pegawai Pengiring:
Cik Norhaizum Sahril

Ucapan Penghargaan kepada semua anggota Suara MMU, Jurulatih , Penasihat Persatuan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar STAD dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Terima Kasih..

TAHNIAH

Sunday, July 12, 2009

PENTAS AKHIR : PENGISAHAN KENEGARAAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

(bergambar kenangan bersama Tetamu kehormat , JOHAN dan Peserta Akhir- MMU(Melaka)- belah kanan)

(Aksi Dato Bendahara menghadap Sultan Melaka semasa diperingkat Separuh Akhir)


(Aksi semasa di pentas akhir... mengimbau kenangan laungan kemerdekaan)

(dari kiri - Pravin, Syukri dan Rafiq)

Pada 7 hingga 10 Julai 2009 bertempat di Alor Setar Kedah telah berlangsungnya Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2009. Pasukan Suara Patriot MMU yang dianggotai oleh 3 orang pengisah telah mewakili Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia ke peringkat Separuh Akhir 1 yang melibatkan 7 buah negeri yang lain, manakala lagi 7 buah negeri berentap di lokasi pertandingan berlainan. Rezeki Milik Negeri Matinya Seorang Pahlawan telah melayakkan Melaka ke Pentas Akhir pertandingan tersebut.

Tajuk Pengisahan:
Melaka : Rentetan Kenegaraan

Peserta :
1. Saudara Mohd Syukri bin Mohammad Kamal
2. Saudara Pravin A/L Seeralan
3. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud

Pemerhati:
1. Saudara Muhd Afiq Ismail
2. Saudara Shahnizam

Tahniah kepada yang telah berjaya dan Terima kasih kepada semua yang telah membantu dan memberi sokongan.
Moga kejayaan ini diteruskan pada tahun hadapan.
TAHNIAH

Saturday, June 27, 2009

PRESTASI MENINGKAT : DEBAT KEPENGGUNAAN 2009


Pada 18 hingga 21 Jun 2009 bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Johor telah berlangsungnya Pertandingan Debat Kepenggunaan IPTA/IPTS dan Institut Perguruan 2009.

Pasukan debat MMU telah menghantar sebuah pasukan yang dianggotai oleh :
1. Saudara Muhd Nazwan bin Kamal Din
2. Saudara Mohd Syukri bin Mohammad Kamal
3. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud
4. Saudara Pravin A/L Seeralan
Pegawai Pengiring:
1. Cik Norhaizum Sahril
2. Saudara Myer Iyemman Yusof
Pemerhati:
Saudari Fatehah Mohd Rafik

Berdasarkan hasil pertandingan, Pasukan Debat MMU berjaya meningkatkan prestasi pada tahun ini jika dibandingkan pada tahun lepas (2008) dengan mencatat 4 kemenangan berbanding tahun lalu 3 kemenangan. Formasi pasukan yang diubah juga satu petanda baik dalam kecemerlangan Pasukan Debat MMU pada masa depan.
Tahniah diucapkan..

Wednesday, June 17, 2009

SEJARAH TERCIPTA: SEPARUH AKHIR DEBAT PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL IPT 2009

Pada 12 hingga 16 Jun 2009 bertempat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Pasukan debat Multimedia University telah mencatat satu sejarah baru apabila berjaya meraih kejayaan melayakkan diri ke Peringkat Separuh Akhir Pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional IPT 2009. Lebih manis lagi apabila Saudara Myer Iyemman dinobat sebagai Pendebat Terbaik Keseluruhan Liga dan Saudara Muhd Nazwan ditempat ketiga keseluruhan. TAHNIAH....

Pasukan ini disertai oleh :
1. Saudara Myer Iyemman Yusof
2. Saudara Muhd Nazwan bin Kamal Din
3. Saudara Dheepan A/L Prantaman
4. Saudara Mohd Syukri bin Mohammad Kamal
Pegawai Pengiring/ Hakim:
En Abdullah Sallehuddin Abdullah Salim
Pemerhati :
1. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud
2. Saudara Pravin A/L Seeralan

Kejayaan yang tercipta ini merupakan kejayaan tertinggi pasukan debat MMU setakat ini dalam kategori debat besar anjuran Jabatan Kerajaan/Swasta. Sebelum ini kejayaan tertinggi hanya layak ke peringkat suku akhir dalam Debat Alam Sekitar 2007 dan Debat Kemerdekaan 2007.
Moga- moga kejayaan ini menjadi menyuntik semangat kepada pasukan debat MMU untuk terus berjaya. Terima kasih diucapkan kepada jurulatih kami, En Sallehuddin, Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang telah menampung perbelanjaan penerbangan kami dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak.

TAHNIAH MMU


( dari kiri: Rafiq, Pravin, Usher MMU, Syukri, Nazwan dan Myer Iyemman)

Sunday, May 31, 2009

JOHAN : PERTANDINGAN PENGISAHAN KENEGARAAN PERINGKAT NEGERI MELAKA 2009


Pada 30 Mei 2009, bertempat di Panggung Seri, Taman Budaya, Ayer Keroh Melaka telah berlangsung Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Melaka 2009.
Pasukan yang diberi nama Pasukan Patriot MMU telah meneruskan perjuangan tahun lalu yang telah meraih Naib Johan dengan menghantar penyertaan buat tahun kedua pada tahun ini.
Pasukan Patriot MMU ini dianggotai oleh :

1. Saudara Mohd Syukri bin Mohammad Kamal (Pendeklamator)
2. Saudara Pravin A/L Seeralan (Pencerita)
3. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud (Pencerita)

Sebanyak 6 Pasukan telah berentap di peringkat akhir ini. Dengan pembawaan tajuk Melaka : Rentetan Kenegaraan, Pasukan Patriot MMU telah memahat nama sebagai JOHAN PENGISAHAN pada tahun ini dan membawa pulang Piala Pusingan, wang tunai RM 2000, sijil dan hadiah iringan.

JOHAN : Pasukan Patriot MMU
Naib Johan : Pasukan Kesidang
Tempat Ketiga : Seri Melaka

TAHNIAH diucapkan.

Semoga Pasukan ini dapat meraih kejayaan cemerlang di peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di negeri Kedah pada awal Julai nanti. Insyaallah. Sama- sama kita doakan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu dan memeberi sokongan.

MMU : Naib Johan Pertandingan Pidato Sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2009

Pada 10 Mei 2009 bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah Melaka telah berlangsungnya Pertandingan Pidato sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka.

MMU telah menghantar 4 orang wakil pemidato iaitu:-
1. Saudara Muhd Nazwan bin Kamal Din
2. Saudara Myer Iyemman bin Yusof
3. Saudara Mohd Syukri bin Mohammad Kamal
4. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud

Seorang daripada wakil pemidato MMU telah berjaya meraih Naib Johan melalui Saudara Muhd Nazwan bin Kamal Din dengan tajuk Belia Pewaris Kepimpinan Negara.
Tahniah diucapkan.

Monday, May 11, 2009

Pertandingan Pidato Rakan Muda IPT 2009


Pada 8-10 Mei 2009, telah berlangsung Pertandingan Pidato Rakan Muda IPT Kali Ke 4 Sempena Sambutan Hari dan Minggu Belia Negara 2009 bertempat di Auditorium 1, Majlis Sukan Negara Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil Kuala Lumpur. Pasukan MMU telah menghantar dua orang wakil pemidato iaitu :-

1. Saudara Mohd Syukri bin Mohammad Kamal
2. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud

Namun kejayaan belum lagi milik mereka untuk mara ke peringkat akhir. Apapun Tahniah diucapkan kerana telah melakukan yang terbaik dalam arena pidato sebagai wakil universiti.
Terima kasih diucapkan kepada senior pembimbing iaitu Saudara Myer dan Saudara Naz serta tak dilupakan penasihat pasukan debat dan semua rakan-rakan yang telah membantu.

Sunday, February 1, 2009

JOHAN DEBAT TERBUKA ASTAR UNIVERSITI MALAYA 2009


Pada 28 Januari hingga 1 Februari 2009 telah berlangsungnya Pertandingan Debat Terbuka ASTAR Universiti Malaya kali ke-13 bertempat di Kolej Kediaman Pertama Universiti Malaya. Pertandingan ini merupakan platform para pendebat universiti-universiti di Malaysia dalam melahirkan pendebat terbaik masa hadapan.

Pertandingan yang melibatkan 40 pasukan daripada universiti-universiti di Malaysia. Pasukan debat MMU juga tidak ketinggalan untuk menyertainya dengan menghantar 2 pasukan.


Senarai Nama Pendebat:-


Pasukan MMU (A)

  1. Muhammad Rafiq Akmal Bin Mohd Daud
  2. Dheepan A/L Pranthanan
  3. Kumudha a/p Paramasivan
  4. Fathiha bt Mohd Rafik

Pasukan MMU (B)

  1. Myer Iyemman bin Yusof
  2. Muhammad Nazwan Bin Kamal Din
  3. Mohd Syukri Bin Mohammad Kamal
  4. Pravin A/C Seeralan



PUSINGAN AWAL

Pasukan MMU (A)


Pusingan 1

MMU (A) [Kerajaan] vs UMP [Pembangkang]

Usul : IPTS sudah setaraf dengan IPTA

Keputusan :-

Pendebat Terbaik : Kumudha (MMU)

Margin : 3.33

Juri : 1-0

Usul diterima (Kemenangan kepada MMU(A))


Pusingan 2

UPSI (B) [Kerajaan] vs MMU (A) [Pembangkang]

Usul : DEB Perlu Dikembalikan

Keputusan :-

Pendebat Terbaik : UPSI

Margin : 1.0

Juri : 3-0

Usul diterima (Kemenangan kepada UPSI(B))


Pusingan 3

UM (A) [Kerajaan] vs MMU (A) [Pembangkang]

Usul : Gosip Mengangkat Artis Malaysia

Keputusan :-

Pendebat Terbaik : Azzairi UM

Margin : 3.0

Juri : 2-1

Usul diterima (Kemenangan kepada UM(A))


Pusingan 4

MMU (A) [Kerajaan] vs UM (B) [Pembangkang]

Usul : Malaysia Perlukan Obama

Keputusan :-

Pendebat Terbaik : Adeline (Pendebat ke-3 UM )

Margin : 1.0

Juri : 1-0

Usul diterima (Kemenangan kepada MMU(A))


Pusingan 5

UIAM (D) [Kerajaan] vs MMU (A) [Pembangkang]

Usul : Demonstrasi Lambang Demokrasi

Keputusan :-

Pendebat Terbaik : Pendebat ke-2 UIAM

Margin : 3.0

Juri : 1-0

Usul diterima (Kemenangan kepada UIAM(D))


Pusingan 6

MMU (A) [Kerajaan] vs UIAM (A) [Pembangkang]

Usul : Pengajaran Sains & Matematik lebih baik dalam Bahasa Malaysia

Keputusan :-

Pendebat Terbaik : Dheepan a/l Pranthaman (MMU)

Margin : 1.00

Juri : 1-0

Usul diterima (Kemenangan kepada UIAM(A))


-------------------------------

Pasukan MMU (B)


Pusingan 1

MMU (B) [Kerajaan] vs UTM (B) [Pembangkang]

Usul : Politik Kaum Masih Menjadi Pilihan Utama

Keputusan :-

Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Yusof (MMU)

Margin : 3.33

Juri : 2-1

Usul diterima (Kemenangan kepada MMU(B))


Pusingan 2

UTM (A) [Kerajaan] vs MMU (B) [Pembangkang]

Usul : DEB Perlu Dikembalikan

Keputusan :-

Pendebat Terbaik : Muhammad Nazwan Kamal Din (MMU)

Margin : 2.0

Juri : 2-1

Usul ditolak (Kemenangan kepada MMU(B))


Pusingan 3

UITM (E) [Kerajaan] vs MMU (B) [Pembangkang]

Usul : Krisis Ekonomi Akan Menular

Keputusan :-

Pendebat Terbaik : Syed Ismat (UITM)

Margin : 1.67

Juri : 2-1

Usul ditolak (Kemenangan kepada MMU(B))


Pusingan 4

MMU (B) [Kerajaan] vs UITM (A) [Pembangkang]

Usul : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Hanya Bertukar Nama

Keputusan :-

Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Yusof (MMU)

Margin : 3.33

Juri : 3-0

Usul diterima (Kemenangan kepada MMU(B))


Pusingan 5

MMU (B) [Kerajaan] vs UPNM (A) [Pembangkang]

Usul : ICT Menghakis Kreativiti Masyarakat

Keputusan :-

Pendebat Terbaik : Raja Muhd Asyraf (UPNM)

Margin : 1.67

Juri : 3-0

Usul ditolak (Kemenangan kepada UPNM(A))


Pusingan 6

UITM (G) [Kerajaan] vs MMU (B) [Pembangkang]

Usul : ASEAN Perlu Lebih Sepakat

Keputusan :-

Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Yusof (MMU)

Margin : 1.63

Juri : 1-0

Usul ditolak (Kemenangan kepada MMU(B))


-----------------------------------

Selepas pusingan awal MMU(B) menduduki kedudukan ke-2 keseluruhan pasukan manakala MMU(A) menduduki ke-32.

Maka dengan kedudukan tersebut MMU(B) melayakkan diri ke pusingan Octo Final dan bertemu dengan pasukan di tempat ke 15 merujuk pada sistem ’power match’.


PUSINGAN KALAH MATI


Pusingan Octo Final

MMU (B) [Kerajaan] vs UIAM (A) [Pembangkang]

Usul : Isu Asia Barat: Kita Kekal Sesat

Keputusan :-

Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Yusof (MMU)

Margin : 1.33

Juri : 3-0

Usul diterima (Kemenangan kepada MMU(B))


Pusingan Suku Akhir

UITM (E) [Kerajaan] vs MMU (B) [Pembangkang]

Usul : Isu Palestin: Menjolok Sarang Tebuan

Keputusan :-

Pendebat Terbaik : Muhammad Nazwan Kamal Din (MMU)

Margin : 3.0

Juri : 4-1

Usul ditolak (Kemenangan kepada MMU(B))


Pusingan Separuh Akhir

UIAM (D) [Kerajaan] vs MMU (B) [Pembangkang]

Usul : Subsidi Menyebabkan Rakyat Kita Manja

Keputusan :-

Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Yusof (MMU)

Margin : 1.67

Juri : 3-2

Usul ditolak (Kemenangan kepada MMU(B))


Peringkat Akhir

UPM (B) [Kerajaan] vs MMU (B) [Pembangkang]

Usul : Hitler Mampu Bantu Palestin

Keputusan :-

Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Yusof (MMU)

Margin : 1.33

Juri : 4-3

Usul ditolak (Kemenangan kepada MMU(B))


------------------------

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Debat MMU (B) yang telah berjaya merangkul JOHAN Pertandingan Debat Terbuka ASTAR kali ke-13 2009 dan kepada Pendebat Terbaik Pusingan Akhir.

Bagi pihak SuaraMMU mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar MMU, En Abdullah Sallehuddin-Penasihat Debat MMU, Para Pendebat senior MMU, dan rakan-rakan diatas bantuan serta sokongan secara langsung mahupun tidak langsung yang sedikit sebanyak membantu kami meraih kejayaan .


Friday, January 23, 2009

Debat Terbuka ASTAR UM

Pada 28 Januari 2009 hingga 1 Februari 2009 bertempat di Kolej Kediaman Pertama Universiti Malaya...

Berikut adalah usul debat tersebut:

POLITIK


  1. Isu Asia Barat: Kita Kekal Sesat
  2. Isu Palestin: Menjolok Sarang Tebuan
  3. Politik Kaum Masih Menjadi Pilihan Utama
  4. Demonstrasi Lambang Demokrasi
  5. Kuasa Veto Mengancam Keamanan Dunia
  6. Malaysia Perlukan Obama
  7. Hak Asasi di Malaysia Membanggakan
  8. ASEAN Perlu Lebih Sepakat


EKONOMI


  1. Krisis Ekonomi Akan Menular
  2. Jawapan Terbaik Adalah Dinar Emas
  3. Biodiesel Jawapan Kepada Kenaikan Harga Minyak
  4. DEB Perlu Dikembalikan
  5. Koridor Ekonomi Tidak Mampu Menawan Hati Rakyat
  6. Boikot Produk AS dan Israel: Kita Tidak Sepakat
  7. Subsidi Menyebabkan Rakyat Kita Manja


HUMOR / PERIBAHASA


  1. Hijau Perlu Kekal Hijau, Merah Perlu Jadi Hijau
  2. Isunya Hari Ini Adalah Jong Pecah, Yu Yang Kenyang
  3. Mawar Berduri Tidak Bahaya
  4. Jalur Gemilang Tidak Semestinya Empat Belas


SOSIAL


  1. ICT Menghakis Kreativiti Masyarakat
  2. Masalah Rumah Tangga: Orang Ketiga Membawa Bahagia
  3. Pengajaran Sains dan Matematik Lebih Baik Dalam Bahasa Malaysia
  4. Pindaan AUKU Menghidupkan Mahasiswa
  5. Penerokaan Tanah Untuk Pembangunan Membawa Padah
  6. IPTS Sudah Setaraf Dengan IPTA
  7. Gosip Mengangkat Artis Malaysia
  8. Blog Perlu Disekat
  9. Tanah Runtuh: Tanggungjawab Bersama
  10. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Hanya Bertukar Nama

Ucapan Selamat Maju Jaya kepada semua pendebat UNIVERSITI MULTIMEDIA semoga menempa kejayaan....


Friday, January 16, 2009

Debat IKIM 2009


Pada 12 hingga 16 Januari yang lalu bertempat di Institut Kefahaman Islam Malaysia jalan Duta telah berlangsungnya Debat IKIM 2009... buat julung kali penyertaan daripada pasukan Debat BM MMU kerana penyertaan sebelum ini disertai oleh Badan Agama Islam MMU... Walaupun tidak bernasib baik... namun percubaan yang baik ditunjukkan oleh pendebat MMU untuk kecemerlangan masa depan...

Teruskan Usaha ...