Mutiara Kata

“If lie returns to the mouth of the powerful, our voice of fire will speak again because we have the right to fight for our lives and dignity…”

-Power of the people-

Sunday, May 31, 2009

JOHAN : PERTANDINGAN PENGISAHAN KENEGARAAN PERINGKAT NEGERI MELAKA 2009


Pada 30 Mei 2009, bertempat di Panggung Seri, Taman Budaya, Ayer Keroh Melaka telah berlangsung Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Melaka 2009.
Pasukan yang diberi nama Pasukan Patriot MMU telah meneruskan perjuangan tahun lalu yang telah meraih Naib Johan dengan menghantar penyertaan buat tahun kedua pada tahun ini.
Pasukan Patriot MMU ini dianggotai oleh :

1. Saudara Mohd Syukri bin Mohammad Kamal (Pendeklamator)
2. Saudara Pravin A/L Seeralan (Pencerita)
3. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud (Pencerita)

Sebanyak 6 Pasukan telah berentap di peringkat akhir ini. Dengan pembawaan tajuk Melaka : Rentetan Kenegaraan, Pasukan Patriot MMU telah memahat nama sebagai JOHAN PENGISAHAN pada tahun ini dan membawa pulang Piala Pusingan, wang tunai RM 2000, sijil dan hadiah iringan.

JOHAN : Pasukan Patriot MMU
Naib Johan : Pasukan Kesidang
Tempat Ketiga : Seri Melaka

TAHNIAH diucapkan.

Semoga Pasukan ini dapat meraih kejayaan cemerlang di peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di negeri Kedah pada awal Julai nanti. Insyaallah. Sama- sama kita doakan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu dan memeberi sokongan.

MMU : Naib Johan Pertandingan Pidato Sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2009

Pada 10 Mei 2009 bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah Melaka telah berlangsungnya Pertandingan Pidato sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka.

MMU telah menghantar 4 orang wakil pemidato iaitu:-
1. Saudara Muhd Nazwan bin Kamal Din
2. Saudara Myer Iyemman bin Yusof
3. Saudara Mohd Syukri bin Mohammad Kamal
4. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud

Seorang daripada wakil pemidato MMU telah berjaya meraih Naib Johan melalui Saudara Muhd Nazwan bin Kamal Din dengan tajuk Belia Pewaris Kepimpinan Negara.
Tahniah diucapkan.

Monday, May 11, 2009

Pertandingan Pidato Rakan Muda IPT 2009


Pada 8-10 Mei 2009, telah berlangsung Pertandingan Pidato Rakan Muda IPT Kali Ke 4 Sempena Sambutan Hari dan Minggu Belia Negara 2009 bertempat di Auditorium 1, Majlis Sukan Negara Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil Kuala Lumpur. Pasukan MMU telah menghantar dua orang wakil pemidato iaitu :-

1. Saudara Mohd Syukri bin Mohammad Kamal
2. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud

Namun kejayaan belum lagi milik mereka untuk mara ke peringkat akhir. Apapun Tahniah diucapkan kerana telah melakukan yang terbaik dalam arena pidato sebagai wakil universiti.
Terima kasih diucapkan kepada senior pembimbing iaitu Saudara Myer dan Saudara Naz serta tak dilupakan penasihat pasukan debat dan semua rakan-rakan yang telah membantu.