Mutiara Kata

“If lie returns to the mouth of the powerful, our voice of fire will speak again because we have the right to fight for our lives and dignity…”

-Power of the people-

Friday, August 1, 2008

DEBAT ALAM SEKITAR ANTARA IPT 2008 –UMS

Kota Kinabalu- Pada 25 hingga 29 Julai 2008 telah berlangsung Pertandingan Debat Alam Sekitar 2008 yang telah berlangsung dengan jayanya di Universiti Malaysia Sabah. Pertandingan yang disertai oleh 24 buah Universiti seluruh Malaysia.

Berikut adalah keputusan pusingan awal pasukan Universiti Multimedia:

Hari pertama

Pusingan 1
Usul : Pembangunan Mapan Mampu Menjana Keseimbangan Alam Sekitar
Kerajaan : Universiti Multimedia
Pembangkang : Universiti Malaysia Terengganu
Keputusan :
Pendebat terbaik : Saudara Myer Iyemman Yusof (MMU)
Usul di terima (kemenangan kepada MMU)
Margin : 6.0
Juri : 3-0

Pusingan 2
Usul : Pencemaran Sungai di Malaysia, Sudah Tiada Harapan
Kerajaan : Universiti Sains Malaysia
Pembangkang : Universiti Multimedia
Keputusan :
Pendebat terbaik : Saudara Myer Iyemman Yusof (MMU)
Usul di tolak (kemenangan kepada MMU)
Margin : 4.33
Juri : 3-0

Pusingan 3
Usul : Demi Alam, Konsep Pencemar Bayar Perlu dikuatkuasakan
Kerajaan : Universiti Multimedia
Pembangkang : Universiti Utara Malaysia
Keputusan :
Pendebat terbaik : Saudara Myer Iyemman Yusof (MMU)
Usul di terima (kemenangan kepada MMU)
Margin : 4.66
Juri : 3-0

Hari Kedua

Pusingan 4
Usul : Undang - undang Jawapan terbaik kepada Permasalahan Alam Sekitar
Kerajaan : Universiti Teknologi Mara
Pembangkang : Universiti Multimedia
Keputusan :
Pendebat Terbaik: Saudara Muhammad Nizamuddin Abd Hamid (UITM)
Usul diterima ( kemenangan kepada UITM)
Margin : 4.5
Juri : 2-1

Pusingan 5
Usul : Kitar Semula : Hangat - hangat Tahi Ayam
Kerajaan : Universiti Multimedia
Pembangkang : Universiti Perguruan Sultan Idris
Keputusan :
Pendebat terbaik : Saudari Siti Habibah (UPSI)
Usul ditolak (kemenangan kepada UPSI)
Margin : 3.5
Juri : 2-1

Pusingan 6
Usul : Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia Tidak Tentu Arah
Kerajaan : Universiti Multimedia
Pembangkang : Universiti Teknologi Malaysia
Keputusan :
Pendebat terbaik : Saudara Myer Iyemman Yusof (MMU)
Usul di usul ditolak (kemenangan kepada UTM)
Margin : 1.66
Juri : 3-0

Selepas pusingan awal Pasukan Debat Universiti Multimedia telah berjaya menempatkan diri di tangga ke kesembilan. Walaupun gagal ke peringkat suku akhir , Tahniah buat pasukan debat MMU yang telah berusaha dengan baik dan lebih manis apabila Saudara Myer Iyemman Yusof dinobat Pendebat TOP 4 Keseluruhan. Tahniah diucapkan.
Pertandingan ini di juarai oleh pendebat Universiti Teknologi Mara dan pendebat terbaik pusingan Akhir Saudari Farhan Nor Diyana.
Terima kasih diucapkan atas sokongan En Abdullah ,Cik Asmida dan rakan-rakan yang lain. Terima kasih MMU yang telah menaja penerbangan MAS Airline ke Kota Kinabalu. Moga Pasukan pendebat MMu akan menebus kekecewaan di Debat Kemerdekaan bulan depan. Insyaallah…

1 comment:

Anonymous said...

kota kinabalu sarawak..bak kata syukri!pitams!