Mutiara Kata

“If lie returns to the mouth of the powerful, our voice of fire will speak again because we have the right to fight for our lives and dignity…”

-Power of the people-

Thursday, August 7, 2008

DEBAT KEUSAHAWANAN ANTARA IPT 2008


SHAH ALAM- Pada 5 hingga 8 Ogos 2008 telah berlangsung Pertandingan Debat Keusahawanan antara IPT 2008 yang telah berlangsung dengan jayanya di Universiti Teknologi Malaysia Kampus Shah Alam. Pertandingan yang disertai oleh 10 buah IPT seluruh Malaysia.

Berikut adalah keputusan pusingan awal pasukan Universiti Multimedia:

Hari pertama

Pusingan 1

Usul : Kemahiran Pengurusan Kewangan Kunci Kemajuan Usahawan

Kerajaan : Universiti Multimedia

Pembangkang : UITM Shah Alam 2

Keputusan :

Pendebat terbaik : Saudara Mohd Syukri Mohd Kamal (MMU)

Usul di terima (kemenangan kepada MMU)

Margin : 2.0

Juri : 1-0

Pusingan 2

Usul : Insentif Membantu Usahawan Sekadar Wujud

Kerajaan : Universiti Multimedia

Pembangkang : SWING (UITM Shah Alam)

Keputusan :

Pendebat terbaik : Saudara Mohd Shamsudin (SWING-UITM)

Usul di tolak (kemenangan kepada SWING-UITM)

Margin : 2.0

Juri : 1-0

Pusingan 3

Usul : Keusahawanan Ikut- Ikutan

Kerajaan : UITM Sabah

Pembangkang : Universiti Multimedia

Keputusan :

Pendebat terbaik : Saudara Farhan Haziq (UITM Sabah)

Usul di terima (kemenangan kepada UITM Sabah)

Margin : 2.0

Juri : 1-0

Hari Kedua

Pusingan 4

Usul : IKS Pemacu Ekonomi Negara

Kerajaan : UITM Kelantan

Pembangkang : Universiti Multimedia

Keputusan :

Pendebat Terbaik: Saudara Mohd Syukri Mohd Kamal (MMU)

Usul ditolak ( kemenangan kepada MMU)

Margin : 3.0

Juri : 1-0

Pusingan 5

Usul : Karenah Birokrasi Merencatkan Pembangunan Keusahawanan

Kerajaan : Universiti Multimedia

Pembangkang : UITM Shah Alam 1

Keputusan :

Pendebat terbaik : Saudari Alia (UITM Shah Alam 1)

Usul diterima (kemenangan kepada MMU)

Margin : 1.0

Juri : 1-0

Peringkat Separuh Akhir

Usul : Agensi Kerajaan Belum Cukup Serius Membimbing Usahawan

Kerajaan : Universiti Multimedia

Pembangkang : UIAM 1

Keputusan :

Pendebat terbaik : Saudara Mohd Fitri (UIAM 1)

Usul di usul ditolak (kemenangan kepada UIAM 1)

Margin : 4.0

Juri : 3-0

Selepas pusingan awal Pasukan Debat Junior Universiti Multimedia telah berjaya menempatkan diri di tangga ke ke-4 keseluruhan. Walaupun gagal di peringkat separuh akhir, Tahniah buat pasukan debat MMU yang telah berusaha dengan baik dan lebih manis apabila Saudara Mohd Syukri Mohd Kamal dinobat sebagai Pendebat TOP 3 Keseluruhan. Namun kejayaan tersebut juga dirangkul oleh pendebat Saudari Kumudha di tempat ke-7 dan Saudara Dheepan di tempat ke-11. Tahniah diucapkan.

Terima kasih diucapkan atas bantuan dan sokongan daripada Saudara Myer Iyemman, En Abdullah dan rakan-rakan yang lain.

Moga Pasukan pendebat MMu akan terus berjaya dalam Debat Kemerdekaan bulan depan. Insyaallah…

3 comments:

dheep said...

Apa pasal la gambar saya yang u taruk tu selalu angle yg teruk?

Tak adil lah yg berhormat, hahaha.

Apa-apa pun tahniah Syuk dapat Top 3 pendebat terbaik. Meletup!!!

I'm young, minus h said...

Yup, Syukri memang meletup! Hehehe...

Anonymous said...

yurp. tahniah wat abg syuk n team mmu,,
smg trus brjaya d masa hdpn..