Pada bulan 3 hingga 8Disember 2009 yang lalu,Pasukan Debat MMU Suara Debat MMU telah menghantar 3 pasukan ke Pertandingan Debat Diraja di Universiti Malaya.Ini adalah penyertaan pertama IPTS dalam pertandingan tersebut.
Pasukan Utama 1
1.Myer Iyemman Bin Yusoff
2.Muhd Nazwan bin Kamal Din
3.Muhammad Fahmi Fazreen
4.Amirah Bte Shuhaimi
Pasukan Utama 2
1.Muhd Fahmi Abd Aziz
2.Muhammad Rafiq Akmal Bin Mohd Daud
3.Dheepan A/l Pranthaman
4.Nur Raihan Bte Maiddin.
Pasukan Muda
1.Mohd Syukri Bin Mohammad Kamal
2.Pravin A/l Seeralan
3.Fathiha Bte Mohd Rafik
4.Nan Muhammad Ridwan Bin Rosnan
Rumusannya,formula baru MMU dalam pertukaran posisi pendebat berkesan namun tidak cukup berkesan untuk melepasi pusingan yang lebih mencabar dalam pertandingan tersebut.
Oleh itu,diharapkan Suara Debat MMU tidak melepaskan peluang untuk menggondoli kejohanan di pertandingan akan datang
Pada tanggal 14-18 Ogos 2009, Pertandingan Debat Kemerdekaan anjuran Arkib Negara dan Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia (MADUM) dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia, telah berlangsung di USIM, Nilai, Negeri Sembilan.
Pertandingan tahun ini menetapkan beberapa peraturan atau syarat baru yang perlu dipersetujui dan dipenuhi oleh setiap pasukan yang mengambil bahagian. Sebagai contoh, penganjuran Debat Kemerdekaan tahun ini membuka penyertaan kepada Institut Perguruan dari serata Malaysia untuk sama-sama beradu nasib di pentas perdebatan intervarsiti. Selain itu, penglibatan pendebat dari kalangan mahasiswa yang bukan bumiputera juga ditetapkan bagi setiap pasukan selaras dengan penekanan Konsep 1Malaysia yang sering dilaung-laungkan dewasa ini. Syabas kepada Arkib Negara!
Bagi siri Debat Kemerdekaan ini, pencapaian terbaik pasukan MMU adalahpada tahun 2007, hingga ke peringkat Suku Akhir sebelum ditumbangkan oleh pasukan UKM.
Debat Kemerdekaan tahun ini membariskan 30 pasukan terdiri daripada 29 IPTA/IPTS/IPG dan satu pasukan pelengkap atau 'swing'. Pasukan debat MMU tidak ketinggalan untuk menghantar barisan pendebat yang terdiri daripada :
1. Myer Iyemman Bin Yusof 2. Dheepan A/L Pranthaman 3. Muhammad Nazwan Bin Kamal Din 4. Mohd Syukri Bin Mohammad Kamal
Berikut merupakan keputusan dan rentetan perlawanan yang melibatkan pasukan MMU:
Persidangan Pertama
IPG Pulau Pinang (K) v MMU (P) Usul : Isu Perpaduan : Pihak Swasta lepas tangan
Juri : 3-0 Margin : 8 Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Bin Yusof (MMU) Pemenang : MMU
Persidangan Kedua
MMU (K) v UPSI (P) Usul : Satu Malaysia asas perpaduan
Juri : 2-1 Margin : 4 Pendebat Terbaik : Siti Habibah (UPSI) Pemenang : MMU
Persidangan Ketiga
UMT (K) v MMU (P) Usul : Mata pelajaran Sejarah perlu dipanjangkan
Juri : 3-0 Margin : 3 Pendebat terbaik : Myer Iyemman Bin Yusof (MMU) Pemenang : MMU
Persidangan Keempat
MMU (K) v UiTM (P) Usul : Pemimpin kita tidak menghayati sejarah
Juri : 3-0 Margin : 1.3 Pendebat Terbaik : Khairulnizam Bakeri (UiTM) Pemenang : UiTM
Persidangan Kelima MMU (K) v UPM (P) Usul : Kmerdekaan membawa kebebasan
Juri : 2-1 Margin : 3 Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Bin Yusof (MMU) Pemenang : MMU
Persidangan Keenam
UIAM (K) v MMU (P) Usul : Wilayah pembangunan ekonomi : Hangat-hangat tahi ayam
Juri : 2-1 Margin : 1 Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Bin Yusof Pemenang : UIAM
Berikut adalah kedudukan pasukan dan pendebat sehingga tamat pusingan awal.
Kedudukan Pasukan
1. Universiti Malaya 2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 3. Universiti Teknologi Petronas 4. Universiti Teknologi Mara 5. Universiti Sains Islam Antarabangsa 6. Universiti Malaysia Sabah 7. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 8. Universiti Multimedia
Kedudukan Top-5 Pendebat
1. Azri zahier (Universiti Malaya) 2. Farhan Nordiana (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) 3. Myer Iyemman Bin Yusof (Universiti Multimedia) 4. Junnyaruin Anak Barat (Universiti Teknologi Petronas) 5. Mohd Khairul Nizam Bakeri (Universiti Teknologi Mara)
Berdasarkan empat kemenangan, pasukan MMU berjaya menempatkan diri dalam kalangan 8 pasukan terbaik berlandaskan kedudukan liga iaitu di tangga ke-8 dan menentang pasukan UM di tangga pertama untuk perlawanan 'kalah-mati' Suku Akhir.
Persidangan Suku Akhir
MMU (K) v UM (P) Usul : Kembali Ke Bahasa Melayu : Keputusan terbaik kita
Juri : 5-0 Margin : 3.66 Pendebat Terbaik : Muhammad Nazwan (MMU) Pemenang : MMU
Rezeki yang diberikan tuhan membolehkan pasukan MMU untuk meneruskan perjuangan ke Separuh Akhir dan bertemu dengan pasukan UiTM. Harapan di galas dengan penuh keazaman dan keputusan adalah :
Persidangan Separuh Akhir
UiTM (K) v MMU (P) Usul : Media Alternatif mengancam perpaduan
Juri : 4-1 Margin : 3.33 Pendebat Terbaik : Khairulnizam bakeri (UiTM) Pemenang : MMU
Berkat keazaman dan semangat juang setiap pendebat dan penyokong pasukan, rezeki diberikan sekali lagi untuk berentap idea di pentas akhir selepas Debat Alam Sekitar yang baru sahaja melabuhkan tirai pada tanggal 28 Julai yang lalu. Kali ini, lebih menggembirakan apabila pertembungan pentas akhir menemukan pasukan MMU dan sahabat setia, pasukan UTP yang di barisi oleh pendebat sama ketika mereka menjuarai Debat Kemerdekaan pada edisi tahun 2008. Keputusan adalah seperti berikut :
Persidangan Akhir
MMU (K) v UTP (P) Perpaduan Negara tanggungjawab rakyat
Johan : Universiti Teknologi Petronas (UTP) Naib Johan : Multimedia University (MMU) Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Bin Yusof (MMU)
Walaupun harapan untuk merangkul dan memeluk erat piala kejuaraan masih belum dapat direalisasikan, namun usaha dan komitmen setiap pendebat dan barisan junior amat dihargai. Sekalung tahniah dihulurkan kepada semua yang terlibat d alam membentuk perjalanan dan perkembangan pasukan debat MMU. Kepada Penasihat Pasukan, En Abdullah, Jurulatih Pasukan, En sallehuddin, Pendebat-pendebat Senior, Junior dan HEP, jutaan terima kasih kami ucapkan. Semoga jasa dan budi baik dari kalian diberkati dan dibalas olehNya. Amin. Pesanan berharga kepada semua jentera yang menggalas nama pasukan,
"Perkembangan pasukan debat memang sudah diakui. Sekarang,tanggungjawab bersama untuk meneruskan momentum tersebut. Andailegasi ini terkubur satu hari nanti, anda tahu siapa yang berjasa. Maka,sama-sama kita tingkatkan kualiti debat MMU."
Pada tanggal 28 Julai 2009, bertempat di Kompleks Canselor Universiti Teknologi Petronas telah berlangsungnya Pertandingan Akhir Debat Alam Sekitar IPT 2009 yang menemukan Multimedia Universiti (Kerajaan) dan Universiti Putra Malaysia (Pembangkang). Dengan usul "Masalah Alam Sekitar : Agenda Politik Mesra Alam adalah Jawapannya".
Pertandingan ini telah berlangsung dari 24 hingga 28 Julai membabitkan hampir 24 IPT mengambil bahagian. Pertandingan anjuran Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Majlis Debat Universiti Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Teknologi Petronas sendiri sebagai Tuan Rumah.
Walaupun Pasukan MMU sekadar berpuas hati sebagai Naib Johan. Namun, ini adalah kenangan manis buat IPTS kerana merupakan IPTS Pertama ke pentas akhir Debat Alam Sekitar.
Tahniah diucapkan kepada para pendebat yang telah berusaha keras:
1. Saudara Myer Iyemmman Yusof 2. Saudara Muhd Nazwan bin Kamal Din 3. Saudara Mohd Fahmi bin Abd Aziz 4. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud
Pegawai Pengiring: Cik Norhaizum Sahril
Ucapan Penghargaan kepada semua anggota Suara MMU, Jurulatih , Penasihat Persatuan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar STAD dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.
(bergambar kenangan bersama Tetamu kehormat , JOHAN dan Peserta Akhir- MMU(Melaka)- belah kanan)
(Aksi Dato Bendahara menghadap Sultan Melaka semasa diperingkat Separuh Akhir)
(Aksi semasa di pentas akhir... mengimbau kenangan laungan kemerdekaan)
(dari kiri - Pravin, Syukri dan Rafiq)
Pada 7 hingga 10 Julai 2009 bertempat di Alor Setar Kedah telah berlangsungnya Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2009. Pasukan Suara Patriot MMU yang dianggotai oleh 3 orang pengisah telah mewakili Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia ke peringkat Separuh Akhir 1 yang melibatkan 7 buah negeri yang lain, manakala lagi 7 buah negeri berentap di lokasi pertandingan berlainan. Rezeki Milik Negeri Matinya Seorang Pahlawan telah melayakkan Melaka ke Pentas Akhir pertandingan tersebut.
Tajuk Pengisahan: Melaka : Rentetan Kenegaraan
Peserta : 1. Saudara Mohd Syukri bin Mohammad Kamal 2. Saudara Pravin A/L Seeralan 3. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud
Tahniah kepada yang telah berjaya dan Terima kasih kepada semua yang telah membantu dan memberi sokongan. Moga kejayaan ini diteruskan pada tahun hadapan. TAHNIAH
Pada 18 hingga 21 Jun 2009 bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Johor telah berlangsungnya Pertandingan Debat Kepenggunaan IPTA/IPTS dan Institut Perguruan 2009.
Pasukan debat MMU telah menghantar sebuah pasukan yang dianggotai oleh : 1. Saudara Muhd Nazwan bin Kamal Din 2. Saudara Mohd Syukri bin Mohammad Kamal 3. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud 4. Saudara Pravin A/L Seeralan Pegawai Pengiring: 1. Cik Norhaizum Sahril 2. Saudara Myer Iyemman Yusof Pemerhati: Saudari Fatehah Mohd Rafik
Berdasarkan hasil pertandingan, Pasukan Debat MMU berjaya meningkatkan prestasi pada tahun ini jika dibandingkan pada tahun lepas (2008) dengan mencatat 4 kemenangan berbanding tahun lalu 3 kemenangan. Formasi pasukan yang diubah juga satu petanda baik dalam kecemerlangan Pasukan Debat MMU pada masa depan. Tahniah diucapkan..
Pada 12 hingga 16 Jun 2009 bertempat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Pasukan debat Multimedia University telah mencatat satu sejarah baru apabila berjaya meraih kejayaan melayakkan diri ke Peringkat Separuh Akhir Pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional IPT 2009. Lebih manis lagi apabila Saudara Myer Iyemman dinobat sebagai Pendebat Terbaik Keseluruhan Liga dan Saudara Muhd Nazwan ditempat ketiga keseluruhan. TAHNIAH....
Pasukan ini disertai oleh :
1. Saudara Myer Iyemman Yusof 2. Saudara Muhd Nazwan bin Kamal Din 3. Saudara Dheepan A/L Prantaman 4. Saudara Mohd Syukri bin Mohammad Kamal Pegawai Pengiring/ Hakim: En Abdullah Sallehuddin Abdullah Salim Pemerhati : 1. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud 2. Saudara Pravin A/L Seeralan
Kejayaan yang tercipta ini merupakan kejayaan tertinggi pasukan debat MMU setakat ini dalam kategori debat besar anjuran Jabatan Kerajaan/Swasta. Sebelum ini kejayaan tertinggi hanya layak ke peringkat suku akhir dalam Debat Alam Sekitar 2007 dan Debat Kemerdekaan 2007. Moga- moga kejayaan ini menjadi menyuntik semangat kepada pasukan debat MMU untuk terus berjaya. Terima kasih diucapkan kepada jurulatih kami, En Sallehuddin, Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang telah menampung perbelanjaan penerbangan kami dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak.
TAHNIAH MMU
( dari kiri: Rafiq, Pravin, Usher MMU, Syukri, Nazwan dan Myer Iyemman)
Pada 30 Mei 2009, bertempat di Panggung Seri, Taman Budaya, Ayer Keroh Melaka telah berlangsung Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Melaka 2009. Pasukan yang diberi nama Pasukan Patriot MMU telah meneruskan perjuangan tahun lalu yang telah meraih Naib Johan dengan menghantar penyertaan buat tahun kedua pada tahun ini. Pasukan Patriot MMU ini dianggotai oleh :
1. Saudara Mohd Syukri bin Mohammad Kamal (Pendeklamator) 2. Saudara Pravin A/L Seeralan (Pencerita) 3. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud (Pencerita)
Sebanyak 6 Pasukan telah berentap di peringkat akhir ini. Dengan pembawaan tajuk Melaka : Rentetan Kenegaraan, Pasukan Patriot MMU telah memahat nama sebagai JOHAN PENGISAHAN pada tahun ini dan membawa pulang Piala Pusingan, wang tunai RM 2000, sijil dan hadiah iringan.
JOHAN : Pasukan Patriot MMU Naib Johan : Pasukan Kesidang Tempat Ketiga : Seri Melaka
TAHNIAH diucapkan.
Semoga Pasukan ini dapat meraih kejayaan cemerlang di peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di negeri Kedah pada awal Julai nanti. Insyaallah. Sama- sama kita doakan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu dan memeberi sokongan.
Pada 10 Mei 2009 bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah Melaka telah berlangsungnya Pertandingan Pidato sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka.
MMU telah menghantar 4 orang wakil pemidato iaitu:- 1. Saudara Muhd Nazwan bin Kamal Din 2. Saudara Myer Iyemman bin Yusof 3. Saudara Mohd Syukri bin Mohammad Kamal 4. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud
Seorang daripada wakil pemidato MMU telah berjaya meraih Naib Johan melalui Saudara Muhd Nazwan bin Kamal Din dengan tajuk Belia Pewaris Kepimpinan Negara. Tahniah diucapkan.
Pada 8-10 Mei 2009, telah berlangsung Pertandingan Pidato Rakan Muda IPT Kali Ke 4 Sempena Sambutan Hari dan Minggu Belia Negara 2009 bertempat di Auditorium 1, Majlis Sukan Negara Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil Kuala Lumpur. Pasukan MMU telah menghantar dua orang wakil pemidato iaitu :-
1. Saudara Mohd Syukri bin Mohammad Kamal 2. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud
Namun kejayaan belum lagi milik mereka untuk mara ke peringkat akhir. Apapun Tahniah diucapkan kerana telah melakukan yang terbaik dalam arena pidato sebagai wakil universiti. Terima kasih diucapkan kepada senior pembimbing iaitu Saudara Myer dan Saudara Naz serta tak dilupakan penasihat pasukan debat dan semua rakan-rakan yang telah membantu.
Pada 28 Januari hingga 1 Februari 2009 telah berlangsungnya Pertandingan Debat Terbuka ASTAR Universiti Malaya kali ke-13 bertempat di Kolej Kediaman Pertama Universiti Malaya. Pertandingan ini merupakan platform para pendebat universiti-universiti di Malaysia dalam melahirkan pendebat terbaik masa hadapan.
Pertandingan yang melibatkan 40 pasukan daripada universiti-universiti di Malaysia. Pasukan debat MMU juga tidak ketinggalan untuk menyertainya dengan menghantar 2 pasukan.
Senarai Nama Pendebat:-
Pasukan MMU (A)
Muhammad Rafiq Akmal Bin Mohd Daud
Dheepan A/L Pranthanan
Kumudha a/p Paramasivan
Fathiha bt Mohd Rafik
Pasukan MMU (B)
Myer Iyemman bin Yusof
Muhammad Nazwan Bin Kamal Din
Mohd Syukri Bin Mohammad Kamal
Pravin A/C Seeralan
PUSINGAN AWAL
Pasukan MMU (A)
Pusingan 1
MMU (A) [Kerajaan] vs UMP [Pembangkang]
Usul : IPTS sudah setaraf dengan IPTA
Keputusan :-
Pendebat Terbaik : Kumudha (MMU)
Margin : 3.33
Juri : 1-0
Usul diterima (Kemenangan kepada MMU(A))
Pusingan 2
UPSI (B) [Kerajaan] vs MMU (A) [Pembangkang]
Usul : DEB Perlu Dikembalikan
Keputusan :-
Pendebat Terbaik : UPSI
Margin : 1.0
Juri : 3-0
Usul diterima (Kemenangan kepada UPSI(B))
Pusingan 3
UM (A) [Kerajaan] vs MMU (A) [Pembangkang]
Usul : Gosip Mengangkat Artis Malaysia
Keputusan :-
Pendebat Terbaik : Azzairi UM
Margin : 3.0
Juri : 2-1
Usul diterima (Kemenangan kepada UM(A))
Pusingan 4
MMU (A) [Kerajaan] vs UM (B) [Pembangkang]
Usul : Malaysia Perlukan Obama
Keputusan :-
Pendebat Terbaik : Adeline (Pendebat ke-3 UM )
Margin : 1.0
Juri : 1-0
Usul diterima (Kemenangan kepada MMU(A))
Pusingan 5
UIAM (D) [Kerajaan] vs MMU (A) [Pembangkang]
Usul : Demonstrasi Lambang Demokrasi
Keputusan :-
Pendebat Terbaik : Pendebat ke-2 UIAM
Margin : 3.0
Juri : 1-0
Usul diterima (Kemenangan kepada UIAM(D))
Pusingan 6
MMU (A) [Kerajaan] vs UIAM (A) [Pembangkang]
Usul : Pengajaran Sains & Matematik lebih baik dalam Bahasa Malaysia
Keputusan :-
Pendebat Terbaik : Dheepan a/l Pranthaman (MMU)
Margin : 1.00
Juri : 1-0
Usul diterima (Kemenangan kepada UIAM(A))
-------------------------------
Pasukan MMU (B)
Pusingan 1
MMU (B) [Kerajaan] vs UTM (B) [Pembangkang]
Usul : Politik Kaum Masih Menjadi Pilihan Utama
Keputusan :-
Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Yusof (MMU)
Margin : 3.33
Juri : 2-1
Usul diterima (Kemenangan kepada MMU(B))
Pusingan 2
UTM (A) [Kerajaan] vs MMU (B) [Pembangkang]
Usul : DEB Perlu Dikembalikan
Keputusan :-
Pendebat Terbaik : Muhammad Nazwan Kamal Din (MMU)
Margin : 2.0
Juri : 2-1
Usul ditolak (Kemenangan kepada MMU(B))
Pusingan 3
UITM (E) [Kerajaan] vs MMU (B) [Pembangkang]
Usul : Krisis Ekonomi Akan Menular
Keputusan :-
Pendebat Terbaik : Syed Ismat (UITM)
Margin : 1.67
Juri : 2-1
Usul ditolak (Kemenangan kepada MMU(B))
Pusingan 4
MMU (B) [Kerajaan] vs UITM (A) [Pembangkang]
Usul : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Hanya Bertukar Nama
Keputusan :-
Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Yusof (MMU)
Margin : 3.33
Juri : 3-0
Usul diterima (Kemenangan kepada MMU(B))
Pusingan 5
MMU (B) [Kerajaan] vs UPNM (A) [Pembangkang]
Usul : ICT Menghakis Kreativiti Masyarakat
Keputusan :-
Pendebat Terbaik : Raja Muhd Asyraf (UPNM)
Margin : 1.67
Juri : 3-0
Usul ditolak (Kemenangan kepada UPNM(A))
Pusingan 6
UITM (G) [Kerajaan] vs MMU (B) [Pembangkang]
Usul : ASEAN Perlu Lebih Sepakat
Keputusan :-
Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Yusof (MMU)
Margin : 1.63
Juri : 1-0
Usul ditolak (Kemenangan kepada MMU(B))
-----------------------------------
Selepas pusingan awal MMU(B) menduduki kedudukan ke-2 keseluruhan pasukan manakala MMU(A) menduduki ke-32.
Maka dengan kedudukan tersebut MMU(B) melayakkan diri ke pusingan Octo Final dan bertemu dengan pasukan di tempat ke 15 merujuk pada sistem ’power match’.
PUSINGAN KALAH MATI
Pusingan Octo Final
MMU (B) [Kerajaan] vs UIAM (A) [Pembangkang]
Usul : Isu Asia Barat: Kita Kekal Sesat
Keputusan :-
Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Yusof (MMU)
Margin : 1.33
Juri : 3-0
Usul diterima (Kemenangan kepada MMU(B))
Pusingan Suku Akhir
UITM (E) [Kerajaan] vs MMU (B) [Pembangkang]
Usul : Isu Palestin: Menjolok Sarang Tebuan
Keputusan :-
Pendebat Terbaik : Muhammad Nazwan Kamal Din (MMU)
Margin : 3.0
Juri : 4-1
Usul ditolak (Kemenangan kepada MMU(B))
Pusingan Separuh Akhir
UIAM (D) [Kerajaan] vs MMU (B) [Pembangkang]
Usul : Subsidi Menyebabkan Rakyat Kita Manja
Keputusan :-
Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Yusof (MMU)
Margin : 1.67
Juri : 3-2
Usul ditolak (Kemenangan kepada MMU(B))
Peringkat Akhir
UPM (B) [Kerajaan] vs MMU (B) [Pembangkang]
Usul : Hitler Mampu Bantu Palestin
Keputusan :-
Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Yusof (MMU)
Margin : 1.33
Juri : 4-3
Usul ditolak (Kemenangan kepada MMU(B))
------------------------
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Debat MMU (B) yang telah berjaya merangkul JOHAN Pertandingan Debat Terbuka ASTAR kali ke-13 2009 dan kepada Pendebat Terbaik Pusingan Akhir.
Bagi pihak SuaraMMU mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar MMU, En Abdullah Sallehuddin-Penasihat Debat MMU, Para Pendebat senior MMU, dan rakan-rakan diatas bantuan serta sokongan secara langsung mahupun tidak langsung yang sedikit sebanyak membantu kami meraih kejayaan .
Pada 12 hingga 16 Januari yang lalu bertempat di Institut Kefahaman Islam Malaysia jalan Duta telah berlangsungnya Debat IKIM 2009... buat julung kali penyertaan daripada pasukan Debat BM MMU kerana penyertaan sebelum ini disertai oleh Badan Agama Islam MMU... Walaupun tidak bernasib baik... namun percubaan yang baik ditunjukkan oleh pendebat MMU untuk kecemerlangan masa depan...
Kami adalah wakil debat dari Universiti Multimedia (MMU). Pasukan kami bergerak aktif dalam banyak pertandingan debat serata Malaysia. Matlamat kami adalah untuk mengharumkan nama Universiti kami khasnya dan bahasa melayu amnya.