Mutiara Kata

“If lie returns to the mouth of the powerful, our voice of fire will speak again because we have the right to fight for our lives and dignity…”

-Power of the people-

Saturday, May 31, 2008

Naib Johan Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Melaka 2008


Bertempat di Dewan Kolej Teknologi Antarabangsa Islam Melaka, Kuala Sg. Baru, Masjid Tanah Melaka bertarikh 31 Mei 2008 berlansungnya Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Melaka 2008 anjuran Jabatan Penerangan Negeri Melaka yang dirasmikan oleh YB En. R.Perumal (Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna).


Pada tahun ini format penyertaan yang baru telah diperkenalkan iaitu pertandingan ini dihakimi dalam bentuk kumpulan dan bukan secara individu seperti mana tahun- tahun sebelumnya. Pertandingan ini juga terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 45 tahun.


Sebanyak 5 pasukan dari sekitar Melaka telah melayakkan diri ke Pertandingan Peringkat Akhir selepas berjaya melepasi sesi saringan penilaian nota pengisahan yang dibuat oleh panel penilai. Antara peserta yang berjaya ke peringkat Akhir pada tahun ini adalah Johan Individu Pengisahan Kenegaraan negeri 2006 serta beberapa peserta berpengalaman menyertai pertandingan tersebut beberapa kali secara individu sebelum ini.


Penyertaan MMU dalam pertandingan ini merupakan penyertaan kali pertama secara berkumpulan, yang sebelum ini hanya diwakili oleh Pensyarah MMU iaitu En Abdullah Sallehudin secara individu.

MMU telah menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 2 orang ahli Pasukan Debat Bahasa Melayu sebagai wakil pengisah. Pasukan yang diberi nama Suara Patriot MMU diwakili oleh dua pengisah iaitu Saudara Myer Iyemman Yusof dan Saudara Mohd Syukri Mohammad Kamal.


Suara Patriot MMU merupakan pasukan giliran terakhir yang membuat persembahan. Debaran hati semakin memuncak menanti giliran. Walaupun berdebar, Syukur ke hadrat Illahi semua berjalan lancar dan semua pengisah berjaya memainkan watak dengan baik. Jauh disudut hati pengisah MMU untuk memenagi pertandingan akhir ini, dan sekadar berharap untuk hadiah Saguhati yang akan membawa pulang wang tunai RM 500.00 dek kerana persembahan dari pasukan lain yang agak hebat. Alhamdulillah, rezeki milik MMU.


Dengan tajuk Melaka: rentetan Suvival Kenegaraan MMU membuktikan sebagai terbaik. Tahniah kepada Pasukan Suara Patriot MMU kerana berjaya mengondol Naib Johan dalam Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Melaka 2008 yang membawa pulang wang tunai RM 1000.00 beserta hadiah iringan.


Semoga pengalaman yang ditimba dapat digunakan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada tahun hadapan. Insyaallah.

~Tahniah~

No comments: