Pada 17-20 Februari yang lepas,Suara Debat MMU Junior telah mendaftarkan diri sebagai salah satu daripada 52 buah pasukan yang memeriahkan Debat Terbuka ASTAR,Universiti Malaya.Wakil Suara Debat MMU adalah berikut
1. Muhammad Rafiq Akmal Bin Mohd Daud
2. Pravin A/l Seeralan
3. Fathiha Bte Mohd Rafik
4. Amirah Bte Shuhaimi.
Alhamdulillah,prestasi junior ini lebih baik berbanding tahun lepas meski tidak dapat mengekalkan kejuaraan sekligus menggodol kembali Piala Pusingan debat tersebut.
Pusingan Pertama dengan tajuk Kini,Mahasiswa Kita Sudah Merdeka Berjaya dimenangi dengan margin 2 menentang Universiti Malaysia Kelantan dengan MMU selaku pembangkang
Pusingan Kedua,menentang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia B dengan usul Bajet 2010 : Adil Berjaya dimenangi dengan margin 1 sebagai kerajaan.
Pusingan ketiga menyaksikan pasukan ini terjunam dengan kekalahan margin 2 sebagai pembangkang kepada Universiti Putra Malaysia D dalam usul Maslaah RUmah Tangga : Orang Ketiga bawa bahagia.
Pusingan keempat berjaya dimenangi ketika menentang Univerisiti Malaysia Sabah dalam usul Obama : Mungkir janji dengan margin 1 sebagai kerajaan
Pusingan kelima dan keenam menyaksikan kekalahan MMU dalam usul Politik Perkauman Masih Lagi Diyakini & Piala Thomas 2010 : Bagai Pungguk Rindukan Bulan,kedua-dua sebagai kerajaan yang akhirnya meletakkan MMU pada tangga ke 34 daripada 52 pasukan yang bertanding.
Meskipun jatuh pada kedudukan yang sangat mengecewakan,Pasukan Suara Debat MMU diubati dengan Kedudukan Pendebat Terbaik,Fathiha sebagai tempat ketiga dan Pravin Seeralan ditangga ke 26 namun,mengungguli sebagai pendebat bukan Melayu pertama dan Muhammad Rafiq Akmal sebagai Top 10.
Rumusan pertandingan kali ini,Pasukan Junior ini telah melakukan sesuatu diluar jangkauan masing-masing walaupun gagal meneruskan kejuaraan.Sebenarnya hal ini menunjukkan kepada kita perjalanan dan pengembaraan debat kita masih lagi jauh walau kita tahu pengembaraan itu tidak akan pernah boleh berakhir.
Terima kasih kepada senior yang sentiasa menyokong dan membantu.Tidak lupa juga kepada Pegawai pengiring,En Abdullah Sallehuddin Bin Abdullah Salim.
“Perjalanan ini masih baru,tapi kita sudah berjaya ketemu muara...
Namun,lautan besar yang tak terduga masih lagi dihadapan...”
No comments:
Post a Comment