Mutiara Kata

“If lie returns to the mouth of the powerful, our voice of fire will speak again because we have the right to fight for our lives and dignity…”

-Power of the people-

Sunday, June 29, 2008

JOHAN : DEBAT MERDEKA KOMUNITI BESTARI PERINGKAT NEGERI MELAKA 2008

Pada 29 Jun 2008 (Ahad) bertempat di Dewan Pejabat Perpaduan Daerah Jasin, Jasin Melaka telah berlangsungnya Pertandingan Akhir Pertandingan Debat Merdeka Komuniti Bestari Peringkat Negeri Melaka 2008. Pertandingan ini adalah pertemuan antara Daerah Melaka Tengah dan Daerah Jasin.

Pasukan Debat BM MMU telah menghantar 3 orang peserta dalam mewakili daerah Melaka Tengah. Berikut adalah senarai pendebat yang mewakili Daerah Melaka Tengah:

  1. Saudara Myer Iyemman Yusof (MMU)
  2. Saudara Muhammad Nazwan Kamal Din (MMU)
  3. Saudara Mohd Syukri Mohammad Kamal (MMU)
  4. En. Riezal Safari Mahamud (Komuniti Bestari Paya Rumput)

Dalam pertemuan tersebut Daerah Jasin bertindak sebagai Pencadang manakala Daerah Melaka Tengah bertindak selaku Pembangkang.

Dengan usul Integriti Merupakan Faktor Utama Maju Mundurnya Sesebuah Negara.

Usul ditolak dengan kemenangan kepada pihak Pembangkang daripada Daerah Melaka Tengah seterusnya ditabalkan sebagai JOHAN PERTANDINGAN DEBAT MERDEKA KOMUNITI BESTARI PERINGKAT NEGERI MELAKA 2008. Manakala Saudara Myer Iyemman Yusof dinobat selaku Pendebat Terbaik Pusingan Akhir.


Dalam Peringkat Separuh Akhir, Pasukan Daerah Melaka Tengah (Pencadang) telah ditemukan dengan Pasukan Daerah Alor Gajah (Pembangkang) bertempat di Balai Raya Kg Belimbing Dalam, Alor Gajah. Usul Pengaruh Rakan Sebaya amat Penting dalam Membentuk Golongan Remaja yang Berakhlak Mulia. Keputusan dengan usul diterima dewan kemenangan kepada Pasukan Daerah Melaka Tengah.

Kejayaan mendapat Johan Pertandingan Akhir tersebut memberi laluan kepada Pasukan kami untuk mara bertanding di Peringkat Zon 4 bersama menetang Melaka ( pasukan Jasin sebab mereka akan bertindak sebagai SWING ), Terengganu dan Sabah bagi merebut peluang ke peringkat Separuh Akhir Debat Merdeka Komuniti Bestari Kebangsaan 2008.

~Tahniah dan semoga terus berjaya dalam perjuangan ke Peringkat Kebangsaan 2008~

No comments: