Mutiara Kata

“If lie returns to the mouth of the powerful, our voice of fire will speak again because we have the right to fight for our lives and dignity…”

-Power of the people-

Thursday, June 5, 2008

Harga Petrol dan Diesel Naik


Jenis

Harga berkuatkuasa

5 Jun 2008

Harga sebelum

Kenaikan

Petrol

RM 2.70

RM 1.92

RM 0.78

Diesel

RM 2.58

RM 1.58

RM 1.00




Berkuatkuasa tengah malam ini (12.00tgh malam 5 Jun 2008) harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Jenis kenderaan

Bayaran Tunai berikan

kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc

RM625 setahun

motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc

RM150 setahun








Katanya bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Perdana Menteri juga berkata bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Kenaikan ini yang tertinggi selepas kenaikan terakhir pada 28 Feb 2006 melibatkan kenaikan 30 sen bagi seliter petrol dan diesel, masing-masing kepada RM1.92 dan RM1.58 sen seliter.

Pengumuman terbaru kerajaan ini juga sebahagian daripada mekanisme baru skim subsidi bahan api iaitu antara usaha untuk mengurangkan pembiayaaan subsidi bahan api sebanyak RM53 bilion setahun.

Langkah kerajaan mengapungkan harga bahan api itu mengikut harga pasaran global masih menjadikan Malaysia antara negara yang menawarkan harga bahan api yang terendah di rantau ini. Harga baru itu jauh lebih rendah berbanding RM5.20 (petrol) dan RM4.33 (diesel) di Singapura yang mengapungkan bahan api berkenaan.

Perdana Menteri berkata bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai itu, Kabinet telah memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut berkuatkuasa 1 Jun, 2008:

Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.

No comments: