Mutiara Kata

“If lie returns to the mouth of the powerful, our voice of fire will speak again because we have the right to fight for our lives and dignity…”

-Power of the people-

Monday, June 16, 2008

JOHAN : DEBAT ARAU OPEN 2008


Pada 13 hingga 17 Jun 2008 bertempat di UITM Arau telah berlangsung Pertandingan Debat Terbuka Arau 2008 (AO08) kali ke-6. Sebanyak 32 pasukan yang terdiri daripada semua kampus UITM, serta jemputan daripada universiti seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Institut perguruan Sultan Mizan, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu. Pasukan Debat MMU telah menghantar satu pasukan debat yang terdiri daripada:

  1. Saudara Mohd Fahmi Abd Aziz
  2. Saudara Myer Iyemman Yusof
  3. Saudara Muhd Nazwan Kamaldin
  4. Saudara Mohd Syukri bin Mohammad Kamal

Penyertaan MMU buat kali pertama telah berjaya menabalkan kejayaan terulung menjadi Johan Pertandingan Akhir Debat Terbuka Arau.

Berikut merupakan keputusan pertandingan:


PERLAWANAN PERTAMA

UITM Kedah 3 (Kerajaan) vs MMU (Pembangkang)

Usul : Parti Politik berasaskan Bangsa penghalang Perpaduan Negara

Keputusan : Usul ditolak (MMU menang)

Juri : 1-0

Margin : 5.0

Pendebat Terbaik : Muhd Nazwan Kamaldin


PERLAWANAN KEDUA

MMU (Kerajaan) vs UPM 1 (Pembangkang)

Usul : Ahmadinejad Model Pemimpin Islam

Keputusan : Usul ditolak (UPM 1 menang)

Juri : 1-0

Margin : 1.0

Pendebat Terbaik : Muhd Nazwan Kamaldin


PERLAWANAN KETIGA

MMU (Kerajaan) vs UPM 2 (Pembangkang)

Usul : Prestasi mahasiswa IPTA mengecewakan

Keputusan : Usul diterima (MMU menang)

Juri : 3-0

Margin : 5.67

Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Yusof


PERLAWANAN KEEMPAT

UITM SHAH ALAM 1 (Kerajaan) vs MMU (Pembangkang)

Usul : Peperangan Menyumbang kepada Keamanan Dunia

Keputusan : Usul ditolak (MMU menang)

Juri : 1-0

Margin : 4

Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Yusof


PERLAWANAN KELIMA

MMU (Kerajaan) vs UITM Terengganu 2 (Pembangkang)

Usul : Sistem Pengangkutan Kita Tidak Efisien

Keputusan : Usul diterima (MMU menang)

Juri : 1

Margin : 3

Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Yusof

Kedudukan Selepas Pusingan awal :

Jumlah Margin : 16.67

Jumlah Kemenangan : 4 daripada 5 perlawanan

Ranking keseluruhan : 2 daripada 32 pasukan


PERLAWANAN PERINGKAT SUKU AKHIR

UKM (Kerajaan) vs MMU (Pembangkang)

Usul : Kepelbagaian Rakyat Malaysia Adalah Kekuatan Negara

Keputusan : Usul ditolak (MMU menang)

Juri : 3-0

Margin : 2.67

Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Yusof


PERLAWANAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR

UITM Shah Alam 2 (Kerajaan) vs MMU (Pembangkang)

Usul : Tunku Abdul Rahman : Penyatu Bangsa

Keputusan : Usul ditolak (MMU menang)

Juri : 5-0

Margin : 4

Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Yusof


PERLAWANAN PERINGKAT AKHIR

MMU (Kerajaan) vs UITM Shah Alam 3 (Pembangkang)

Usul : Semua Negara Wajar diberikan Kebenaran untuk Membangunkan Kuasa Nuklear

Keputusan : Usul diterima (MMU menang)

Juri : 4-3

Margin : 2.5

Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Yusof


Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah banyak membantu dalam memberikan maklumat serta sokongan secara lansung mahupun tidak langsung.

Kejayaan kami adalah milik bersama.

1 comment:

Anonymous said...

bagus dgn kejayaan kalian :)

-student uitm arau-