Mutiara Kata

“If lie returns to the mouth of the powerful, our voice of fire will speak again because we have the right to fight for our lives and dignity…”

-Power of the people-

Tuesday, July 28, 2009

IPTS PERTAMA MELAKAR SEJARAH : NAIB JOHAN DEBAT ALAM SEKITAR IPT 2009


Pada tanggal 28 Julai 2009, bertempat di Kompleks Canselor Universiti Teknologi Petronas telah berlangsungnya Pertandingan Akhir Debat Alam Sekitar IPT 2009 yang menemukan Multimedia Universiti (Kerajaan) dan Universiti Putra Malaysia (Pembangkang). Dengan usul "Masalah Alam Sekitar : Agenda Politik Mesra Alam adalah Jawapannya".

Pertandingan ini telah berlangsung dari 24 hingga 28 Julai membabitkan hampir 24 IPT mengambil bahagian. Pertandingan anjuran Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Majlis Debat Universiti Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Teknologi Petronas sendiri sebagai Tuan Rumah.

Walaupun Pasukan MMU sekadar berpuas hati sebagai Naib Johan. Namun, ini adalah kenangan manis buat IPTS kerana merupakan IPTS Pertama ke pentas akhir Debat Alam Sekitar.

Tahniah diucapkan kepada para pendebat yang telah berusaha keras:

1. Saudara Myer Iyemmman Yusof
2. Saudara Muhd Nazwan bin Kamal Din
3. Saudara Mohd Fahmi bin Abd Aziz
4. Saudara Muhd Rafiq Akmal bin Mohd Daud

Pegawai Pengiring:
Cik Norhaizum Sahril

Ucapan Penghargaan kepada semua anggota Suara MMU, Jurulatih , Penasihat Persatuan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar STAD dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Terima Kasih..

TAHNIAH

2 comments:

MartinDinil said...

Tahniah MMU..Korang memang sangat sangat hebat...

mindamind said...

tahniah. dan selamat maju jaya MMU!

klik mindamind untuk berita dan maklumat dunia debat.