Mutiara Kata

“If lie returns to the mouth of the powerful, our voice of fire will speak again because we have the right to fight for our lives and dignity…”

-Power of the people-

Wednesday, August 26, 2009

DEBAT KEMERDEKAAN 2009 : 2 IPTS BERENTAP DI AKHIR


Pada tanggal 14-18 Ogos 2009, Pertandingan
Debat Kemerdekaan anjuran Arkib Negara dan
Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia
(MADUM) dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia,
telah berlangsung di USIM, Nilai, Negeri Sembilan.

Pertandingan tahun ini menetapkan beberapa peraturan
atau syarat baru yang perlu dipersetujui dan
dipenuhi oleh setiap pasukan yang mengambil bahagian.
Sebagai contoh, penganjuran Debat Kemerdekaan
tahun ini membuka penyertaan kepada
Institut Perguruan dari serata Malaysia untuk sama-sama
beradu nasib di pentas perdebatan intervarsiti.
Selain itu, penglibatan pendebat dari kalangan mahasiswa
yang bukan bumiputera juga ditetapkan bagi setiap pasukan
selaras dengan penekanan Konsep 1Malaysia
yang sering dilaung-laungkan
dewasa ini. Syabas kepada Arkib Negara!

Bagi siri Debat Kemerdekaan ini,
pencapaian terbaik pasukan MMU adalahpada tahun 2007,
hingga ke peringkat Suku Akhir sebelum ditumbangkan
oleh pasukan UKM.

Debat Kemerdekaan tahun ini membariskan 30 pasukan terdiri
daripada 29 IPTA/IPTS/IPG dan
satu pasukan pelengkap atau 'swing'.
Pasukan debat MMU tidak ketinggalan
untuk menghantar barisan pendebat yang terdiri daripada :

1. Myer Iyemman Bin Yusof
2. Dheepan A/L Pranthaman

3. Muhammad Nazwan Bin Kamal Din

4. Mohd Syukri Bin Mohammad Kamal

Berikut merupakan keputusan dan rentetan perlawanan
yang melibatkan pasukan MMU:

Persidangan Pertama

IPG Pulau Pinang (K) v MMU (P)
Usul : Isu Perpaduan : Pihak Swasta lepas tangan

Juri : 3-0
Margin : 8
Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Bin Yusof (MMU)
Pemenang : MMU

Persidangan Kedua

MMU (K) v UPSI (P)
Usul : Satu Malaysia asas perpaduan

Juri : 2-1
Margin : 4
Pendebat Terbaik : Siti Habibah (UPSI)
Pemenang : MMU

Persidangan Ketiga

UMT (K) v MMU (P)
Usul : Mata pelajaran Sejarah perlu dipanjangkan

Juri : 3-0
Margin : 3
Pendebat terbaik : Myer Iyemman Bin Yusof (MMU)
Pemenang : MMU

Persidangan Keempat

MMU (K) v UiTM (P)
Usul : Pemimpin kita tidak menghayati sejarah

Juri : 3-0
Margin : 1.3
Pendebat Terbaik : Khairulnizam Bakeri (UiTM)
Pemenang : UiTM

Persidangan Kelima
MMU (K) v UPM (P)
Usul : Kmerdekaan membawa kebebasan

Juri : 2-1
Margin : 3
Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Bin Yusof (MMU)
Pemenang : MMU

Persidangan Keenam

UIAM (K) v MMU (P)
Usul : Wilayah pembangunan ekonomi : Hangat-hangat tahi ayam

Juri : 2-1
Margin : 1
Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Bin Yusof
Pemenang : UIAM

Berikut adalah kedudukan pasukan
dan pendebat sehingga tamat pusingan awal.

Kedudukan Pasukan

1. Universiti Malaya
2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
3. Universiti Teknologi Petronas
4. Universiti Teknologi Mara
5. Universiti Sains Islam Antarabangsa
6. Universiti Malaysia Sabah
7. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
8. Universiti Multimedia

Kedudukan Top-5 Pendebat

1. Azri zahier (Universiti Malaya)
2. Farhan Nordiana (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
3. Myer Iyemman Bin Yusof (Universiti Multimedia)
4. Junnyaruin Anak Barat (Universiti Teknologi Petronas)
5. Mohd Khairul Nizam Bakeri (Universiti Teknologi Mara)


Berdasarkan empat kemenangan, pasukan MMU
berjaya menempatkan diri dalam kalangan
8 pasukan terbaik berlandaskan kedudukan liga iaitu
di tangga ke-8 dan menentang pasukan UM di tangga pertama
untuk perlawanan 'kalah-mati' Suku Akhir.


Persidangan Suku Akhir

MMU (K) v UM (P)
Usul : Kembali Ke Bahasa Melayu : Keputusan terbaik kita

Juri : 5-0
Margin : 3.66
Pendebat Terbaik : Muhammad Nazwan (MMU)
Pemenang : MMU

Rezeki yang diberikan tuhan membolehkan pasukan MMU
untuk meneruskan perjuangan ke Separuh Akhir
dan bertemu dengan pasukan UiTM.
Harapan di galas dengan penuh keazaman dan keputusan adalah :

Persidangan Separuh Akhir

UiTM (K) v MMU (P)
Usul : Media Alternatif mengancam perpaduan

Juri : 4-1
Margin : 3.33
Pendebat Terbaik : Khairulnizam bakeri (UiTM)
Pemenang : MMU

Berkat keazaman dan semangat juang setiap pendebat
dan penyokong pasukan, rezeki diberikan sekali lagi
untuk berentap idea di pentas akhir selepas
Debat Alam Sekitar yang baru sahaja melabuhkan tirai
pada tanggal 28 Julai yang lalu.
Kali ini, lebih menggembirakan apabila
pertembungan pentas akhir menemukan pasukan MMU
dan sahabat setia, pasukan UTP yang
di barisi oleh pendebat sama ketika mereka menjuarai
Debat Kemerdekaan pada edisi tahun 2008.
Keputusan adalah seperti berikut :

Persidangan Akhir

MMU (K) v UTP (P)
Perpaduan Negara tanggungjawab rakyat

Johan : Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Naib Johan : Multimedia University (MMU)
Pendebat Terbaik : Myer Iyemman Bin Yusof (MMU)

Walaupun harapan untuk merangkul dan memeluk erat
piala kejuaraan masih belum dapat direalisasikan,
namun usaha dan komitmen setiap pendebat
dan barisan junior amat dihargai.
Sekalung tahniah dihulurkan kepada semua yang terlibat d
alam membentuk perjalanan dan perkembangan
pasukan debat MMU.
Kepada Penasihat Pasukan, En Abdullah, Jurulatih Pasukan,
En sallehuddin,
Pendebat-pendebat Senior, Junior
dan HEP, jutaan terima kasih kami ucapkan.
Semoga jasa dan budi baik dari kalian diberkati dan dibalas
olehNya. Amin.
Pesanan berharga kepada semua jentera yang
menggalas nama pasukan,

"Perkembangan pasukan debat memang sudah diakui.
Sekarang,
tanggungjawab bersama untuk
meneruskan momentum tersebut.
Andai
legasi ini terkubur satu hari nanti,
anda tahu siapa yang berjasa.
Maka,
sama-sama kita tingkatkan kualiti debat MMU."

3 comments:

D'Rimba said...

Tahniah hebat....

Persatuan Seni Pengucapan Awam said...

salam bt warga debat mmu

Anonymous said...

tahniah MMU.
buat pengetahuan,
www.debateclubutp.tripod telah lama tidak diaktifkan.
Jadi, blog rasmi debat BM utp telah bertukar ke
http://oratorbmutp.wordpress.com